Mungkin itu lah tajuk yang sesuai utk ku gambarkan tentang isu yang berlaku di surau kawasan rumah ku. Di mana tuh? Aiseyh, kat Gombak plak tuh...ape masalah la penduduk gombak nih?sbnrnya masalah nih melibat beberapa pihak yang ade pengaruh sedikit di surau itu.
Nama sebenar utk watak-watak yang terlibat ku rahsiakan..tp ku suka untuk bercerita mengapa aku katakan “veteren berjiwa budak-budak”. Kisah itu berlaku, ketika aku berada di Melaka. Namun bonda kesayanganku menceritakan kisah yang lebih kurangnya begini
Sudah masuk waktu solat (tidak pasti solat apa..kalau x silap solat maghrib). Seperti biasa azan dikumandangkan oleh bilal veteren surau berbumbungkan hijau itu. Tatkala selesai solat sunat rawatib yang dilakukan oleh para jemaah, lantas seorg insan yg juga veteren mengambil microphone utk urusan iqamah. (bermakna di sini orh yg azan org lain...manakala iqamahnya org lain...tp bukan ni isu nak ku perkatakan...truskan membaca)
Lantas insan veteran yang iqamah itu menyerahkan mic itu kepada seorang Ustaz yang jugaseorg pensyarah dalam bidang undang-undang syariah. Akan tetapi, si bilal veteren itu tadi segera bangun bertujuan untuk menghalang agar mic itu tidak sampai ke tangan si ustaz. Kerana apa? Teruskan membaca....terpinga-pinga si ustaz..namun kerana sikapnya yang tawadhuk membuatkan beliau cool sahaja. Maka imam pd ketika itu seorg pakcik yg juga veteren.
Selepas selesai solat, si veteran yang iqamah td bertny pd bilal veteren knapa dia menghalang mic itu diserahkan kpd si ustaz itu td. Maka dikhabarkan oleh si bilal lebih kurg maksudnya begini, “Nape nak kasi ustaz tuh jadi imam...dia xde air sembahyang..”
Aku yg tau cerita disebalik tabir isu itu, maka aku pun tergelak-gelak..haha..maafkan ku kerana kurang sopan. Tapi isu yang berlaku ini sebenarnya perkara furu’ (cabang)...ok ku terus pada point. Si bilal veteren menganggap bahawa si ustaz itu td WAHABI..Sebenarnya, Si ustaz mengambil pendapat dalam mazhab Hanafi bahawa si suami bersentuhan dengan si isteri tidak membatalkan wudhuk. Hal itu tidak mengapa kerana ustaz itu berilmu, berdasarkan ilmu beliau praktikkan dan bukannya taqlid semata-mata.
Hal ini kalian boleh lebih jelas jika mendalami ilmu 4 mazhab. Macam budak-budak bila kufikir smula bilamana golongan veteren mcm si bilal itu heboh isu WAHABI. Wahabi xde mazhab..ini yang kupelajari. Namun kisah si ustaz tuh td beliau mengikut mazhab Hanafi. Tidak salah pun...itu masih lagi ISLAM...kita kononnya pengikut kuat Mazhab Syafie.. tp sedar atau tidak, kita ade amalkan mazhab Hanafi?? Xpercaya??..kalau mengikut mazhab syafie...hukum jual beli bg bdk yg belum aqil baligh x sah..abestuh kita tgk masyarakat kita nih boleh je budak2 yg x baligh berurusan jual beli..apecer??? tp kalu dlm mazhab Hanafi, hukum jual beli itu sah..sbb Imam Hanafi punya pendapat agak ‘ringan’ drpd Imam Syafie.(sila rujuk org yg A’lim utk lebih lanjut)
Perkongsian ilmu sedikit. Cuba kalian fikirkan kenapa wujudnya Mazhab? Kalau sblm zaman tabii’ tabii’in dulu xperlu mazhab. Kenapa? Kerana mereka dahulu fasih dan menguasai bahasa arab...mereka semua dpt faham direct dengan Al-Quran dan Al-Hadis..mereka boleh faham apa yg hendak disampaikan oleh AL-Quran dan Hadis...jd dalam kategori mereka ini...mereka tidak perlu mazhab...pendapat mereka sendiri pon dah cukup dlm melaksanakan amal...tp zaman kita nih xde dah golongan mcm tuh...so pentinglah mazhab tuh...Wallahu A’lam -(nak keterangan lebih lanjut rujuk para alim ulama’)
No comments:
Post a Comment