Thursday, April 2, 2009

Rukun Islam

Remaja sebaya saya sering menyebut tentang cinta, nikah, cita-cita dan sebagainya. Saya akui hal itu semua jangan terlepas pandang. Tapi perlukan masa yang sesuai. Peringatan kali ini saya fokuskan kepada semua tanpa mengira had umur. Mudakah anda, atau tuakah anda. Sudah pasti tidak terlepas untuk peringatan saya ingin sampaikan ini.

Sering kita mengabaikan Rukun Islam yang telah lama kita pelajari dahulu. Barangkali ada di antara kita sudah terlupa apakah itu Rukun Islam. Benda yang kita rasa remeh tapi hakikatnya ianya tersangatlah besar untuk kita pegang. Bilamana rukun tak termampu dilaksanakan, adakah layak kita digelar seorang Muslim (Islam)? Bagi yang sibuk-sibuk hendak berkeluarga, selesaikan dahulu urusan Fardhi kamu ini. Usah difokuskan lagi urusan kekeluargaan itu.

Bagi sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk membaca post saya kali ini diharapkan sangat selepas membaca,Tepuk dada tanya imam;
Daripada Hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, daripada Anas bin Malik :
“Islam tertegak di atas 5 perkara; Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Melaksanakan Haji sekiranya mampu, dan Berpuasa di Bulan Ramadhan”

Hadith yang telah saya tulis diatas kedudukannya adalah shohih. Bilamana hadith yang shohih telah dibacakan, tidak boleh tidak bagi kita mentaati hadith tersebut. (Tidak boleh tidak = MESTI/WAJIB)
InsyaALLAH saya akan cuba perhuraikan setiap perkara yang telah menjadi Rukun Islam itu melalui ilmu saya yang cetek ini.

(Bersambung......................)

No comments:

Post a Comment