Saturday, April 18, 2009

MALAS.....Al-Quran diabaikan....



Mengapa tajuk ini pula yang menjadi isu utk entri kali ini? Sila baca sekiranya mahu mengetahui....bagi anda yang tidak mahu mengambil tahu, di sudut atas kanan terdapat tanda “X”...sila klik dan blog ini akan hilang pada penglihatan anda.
Sy tertanya2 pd diri mengapa Al-Quran yg WAJIB dibaca dan diamalkan itu tidak terlekat dek hati-hati golongan muda. Saya tujukan entri kali khas kpd semua yg menyedari dan mahu menginsafi dan dlm masa yg sama utk renungan diri sy yang juga alpa ini.....

Sejak di bangku sekolah lagi, ustaz2 dan ustazah2 selalu mengingatkan sy bahawa membaca Al-Quran memberi ketenangan di dalam jiwa....jiwa resah, Al-Quran pasti setia menemani...jiwa gundah gulana, Al-Quran juga pengubatnya...namun dek kerana MALAS, habis semangat itu....hancur luluh amalan yg dipertahankan sejak di bangku skolah lagi....mengapa????



KERANA diri ini lalai....diri ini hina dina lagi dusta belaka....sebuk tengok bola...sebok study...masa yg ada entah apa kita guna....Al-Quran sepatutnya sahabat karib...tp telah diperlaku seperti kawan yg jarang2 shj disapa...itu pun ktika malam jumaat utk membaca surah Yasin (kalau baca...kalau x? Sgt bongkak dan angkuh kita ni...Astaghfirullah)



Ketahuilah, sesungguhnya musuh Islam tidak pernah takut dengan kita lantaran:

Kita tidak membaca al-Quran
Jika membaca sekalipun, kita tidak memahaminya
Sekalipun faham, kita tidak beramal
Sekiranya beramal, ia tidak menjadi
Jika menjadi, ia tidak elok
Malah jika elok, ia pasti tidak bertahan lama...


Sukarnya mencari jiwa yang benar suci dengan alunan Al-Quran, jua difahami serta pengamalan menjadi dan berterusan.....

Berikut adalah petikan yang telah dicopy drpd blog Ustaz Dzul (Presiden GAMIS 08/09)

Tujuh tuntutan yang terdapat dalam GEMA Iqra’ ialah:

“Hendaklah kamu sentiasa membaca al-Quran”
“Hendaklah kamu memperbetulkan bacaan al-Quran”
“Bacalah dan fahamilah makna dan inti pati al-Quran”
“Hayati dan beramallah dengan seruan al-Quran”
“Bacalah al-Quran sehingga kamu mampu mengajarkannya”
“Bacalah sehingga al-Quran menjadi bahan bacaan massa”
“Martabatkan al-Quran sehingga ia menjadi dasar dan perlembagaan negara”.




Mana perginya golongan yg akan memartabatkan Al-Quran?? Sy malu untuk mengaku kerana sy bukanlah tergolong dalam golongan itu....anda bagaimana??

Sudahkah kita memperbaiki bacaan Al-Quran kita??

Lembutkah lidah kita untuk selalu mendendang alunan Al-Quran sedang lagu2 hatta nasyid sekalipun sudah sebati dengan lidah kita?

Bagaimana pula penghayatan kita dengan isi kandungan Al-Quran?

Kalian yang membaca, sila ambil perhatian...Al-Quran adalah sumber segala ilmu...ilmu kimia, biologi, fizik, matematik dan lain2 nya semua terkandung di dalam Al-Quran, cuma kita perlu kaji utk perolehnya...

Justeru itu, sy mengajak kalian semua kembali kepada Al-Quran. Zaman para sahabat, tabi’ tabi’in dahulu, kuasai Al-Quran dahulu baru ilmu lain2....Perubatan, matematik, astronomi dan lain2 sumer mereka berjaya terokai setelah menguasai Al-Quran. Kita pula bagaimana??? Tepuk dada tanya iman.....

5 comments:

  1. assalamualaikum..
    satu teguran yg berhikmah..
    jazakallah.

    ReplyDelete
  2. Astagfirullahala'zim..
    sungguh...terasa sgt kerdil diri ni lantaran terlalu alpa dgn dunia sehingga lupa permata disisi...
    Ya Allah jauhkanlh kami daripada menjadi hamba yg dimurkaimu...
    aminn..

    ReplyDelete
  3. btul lagi tepat..
    sesungguhnya ramai yang lupa untuk mghayati isi2 alQuran termasuklah diri hamba yang hina ini...

    ReplyDelete
  4. btul lagi tepat..
    sesungguhnya ramai yang lupa untuk mghayati isi2 alQuran termasuklah diri hamba yang hina ini...

    ReplyDelete