Saturday, June 27, 2009

Untuk Ape??....

Salam alaikk..

mudah2an tulisan ku kali ini ikhlas utk MENEGUR dan dijauhkan drpd sifat2 mazmumah..amin..

Aku sgt TERUJA tgk ramai wanita2 dan gadis2 mula memakai tudung...waahhh, satu kemajuan yg baik ke arah HADHARAH ISLAMIYAH....huhu, (Islam Hadhari ker???no komenn...)

tp aku sangat BENGANG tahap dewa kelapan bila mana tgk org pakai tudung tuh buat x senonoh...huhu...kemain lagi pakaian pon...kalah dressup org yg xbertudung...melawo bukan main...

Satu jer aku nak kongsikan...pernah skali aku dgr ceramah ustaz mane aku x ingat..agaknya dr Ustaz Shamsuri Hj Ahmad kot...(sebab aku mmg minat gila dgn cara penyampaian dia..)...AL-Ustaz tuh ckp la...Zaman sekarang perempuan yg bertudung bkn kerana tudung itu MENUTUP AURAT...tp sekadar TREND zaman skrg...

yeah...tgk la...TUDUNG WARDINA la...TUDUNG EKIN la....TUDUNG BOTOL la...TUDUNG SAJI la...hurm...kite leh tgk promosi tudung cmtuh sgt meluas...pelbagai jenis tudung dah muncul..bila artis pakai tudung maka ramai la follow...tp x tau ape sbnrnya tudung tuh...setuju x ape ku ckp???

tudung bukan smata2 nak tutup aurat...tp ia adalah syariat..hurm..bila da ckp syariat nih of coz la..WAJIB kne pakai...hurm...tp kalo pakai tudung, baju plak ketat
ape kes???(maaf la kasar ckp....)

baju ketat nmpk susuk tubuh....hisy teruk2...seolah2 tudung tuh xde effect...org tgk perempuan yg pakai tudung tp baju ketat pon naik ghairah...so mmg xde effect la tudung dia tuh...



pernah dgr x ayat "MORE VEIL MORE VALUE"?...haha
nih nak citer sket psl tuh....tgk gmbar bawah nih dulu



tp gmbr kat atas nih pon x pakai tudung ngan sempurna jgk...huhu..alkisah yg ku nak citer nih berkenaan psl tuh la...more veil more value..

cbe kalian bayangkan....kalu seseorg tuh pakai seksi...pasti gangguan2 dr golongan buaya nih sgt dahsyat..btul x?..kiter tgk plak kpd org yg bertudung...tp ala kadar jer..itu pon godaan buaya sgt dahsyat jgk....n cbe pikir kalo org yg pakai telekung sembahyang...jalan sorg2 waktu malam...ade ker buaya tuh nak ganggu??hahaha...
diorg pon ingat hantu ke ape pakai telekung mlm2 tuh (tudung telekung kan labuh...)
da ler warna putih cm citer pontianak harum sundal malam plak...bezanya yg pontianak tuh x bertudung jer...



maka selamatlah org2 yg menutup aurat dgn sempurna...kan terbukti more veil more value...huhu

Wallahu a'alam..(lu pikir la sendiri)

Wednesday, June 24, 2009

DUIT...or mata duitan????

Sebut pasal duit...semua org inginkan ia...sape xnak duit??? menipu la kalo ade org ckp "aku xnak duit..."

haha...mgkin anda yg terdengar ayat seakan-akan begitu perlu beli cotton bud utk korek telinga anda...barangkali da lama x korek kot..atau anda perlu bawak org yg cakap mcm tuh kat hospital....mgkin org yg ckp cmtuh de problem MENTAL sket...

aku pun akui duit tuh penting...sangat2 penting...utk belajar, utk sara diri semua pakai duit...nak beli barang ke, nak jual barang pon kne ade duit...(sbb sblum ade barang perlu beli barang dulu betul x?nak beli tuh kena ade duit...)

aku teringat cerita ustaz tahfiz aku ketika aku belajar kat MAAHAD TAHFIZ DERGA, ALOR STAR lps abes spm dulu...ustaz tuh citer la...kalo dulu,bg mane2 pelajar skola pondok yang miskin xde duit...maka si guru nih la akan turun ke sungai tolong tangkap ikan bagi pelajar2 miskin nih makan...

tp tuh kisah dulu...zaman sungai belum dikotori dek sisa2 toksik pembangunan tuh...dulu ikan pasti ade dan mudah utk ditangkap...kalo skrg...sungai pon dah tercemar...duk memancing berjam-jam pon xpasti lagi dpt ikan ke x...zaman skrg mmg dah berubah...maka org skrg semua tumpu kepada pencarian harta yakni duit...

Aku pon terpikir nak jd org kaya...banyak duit....kononnya mudah nak wat amal...hurm..ye ke???itu belum pasti lagi la....duit byk pon pasti byk ujian yang ALLAH timpakan pada kita...btul kan?

ok la...di sini aku mau kongsi satu analogi yang pernah diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz B Nik Mat...perlunya kita pada duit itu sepertimana perlunya perahu @ sampan kepada air...bila kata perahu @ sampan perlu pada air sbb per?..sbb adenya air barula perahu @ sampan itu berfungsi seperti apa ia diciptakan...tp ingat...perahu @ sampan itu hanya perlukan air sbgai syarat utk berfungsi, tp tidak boleh membiarkan air itu masuk ke dalam dirinya...(kalu air masuk dalam perahu @ sampan itu...maka akan karam atau tenggelam la perahu @ sampan itu)

macam tuh la juga manusia macam kita semua nih....perlu duit tuh....tp bukan smpai duit menguasai kita...kalo duit da menguasai kita maka akan berlaku la seperti perahu @ sampan yang dimsuki air itu...(hurm...analogi terrbaik pernah ku dgr...)
mudah2an kita tergolong dlm golongan org yg tidak terlampau gilakan harta duniawi itu....

namun perlu diingat, ZUHUD ITU BERMAKSUD MENCUKUPI DENGAN SEADANYA DAN BUKANNYA TERPAKSA SELEKEH SEHINGGA TERPAKSA MEMINTA-MINTA...sila hayati maksud itu sedalam-dalamnya

Wallahu A'lam

Lu Pikir la sendiri.....

ku tertarik mendengar ceramah drpd Ust Hj shamsuri Ahmad...(download kat www.hembusan.blogspot.com) tajuk dier "MAKAN FREE"

ade satu part tuh...ustaz shamsuri bercerita tntg Hafiz Quran termuda di dunia...di IRAN, kisahnya bermula pabila si wanita dan si lelaki itu mahu berkahwin...then, si wanita itu meletakkan syarat jika mahu mengahwininya, maka si lelaki itu perlulah menghafaz Al-Quran 30 juzuk...begitu juga syarat si lelaki kepada si wanita itu

setelah itu mereka menyambung pengajian di sebuah maahad tahfiz di sane....dan Alhamdulillah kedua-dua mereka berjaya menjadi HAFIZ dan HAFIZAH...maka berkahwinlah mereka berdua....

Ditakdirkan ALLAH, pasangan tesebut dikurniakan cahaya mata seorg bayi lelaki yg comey..dan ketika itu si suami isteri itu sudah bekerja sebagai GURU AL-QURAN di sebuah madrasah tahfiz...

Maka si ibu itu pon membawa anaknya itu ke dalam kelas Al-Quran itu...si bayi hanya mendengar bacaan Al-Quran setiap hari..dan dengan kekuasaan ALLAH, pada suatu hari ketika si bayi itu sudah mampu bercakap,beliau seolah-olah berkata sesuatu...

Maka si suami dan isteri pon cuba mendengar dan menghayati apa yg diperkatakan oleh bayi yg kian membesar itu, ternyata budak itu sedang membacakan Al-Quran...yeah, hafaz 3 juzuk ketika baru pandai bercakap...(Subhanallah....)

Pasangan itu mula menyedari bahawa ALLAH menganugerahkan kelebihan pada anak mereka itu...lalu mereka terus menfokuskan agar anak mereka menjadi HAFIZ...dan Takdir ALLAH, ketika umur budak itu belum cecah 5 tahun (kalo x silap 3 tahun) budak itu telah bergelar AL-HAFIZ....(tahniah dan Alhamdulillah..)

*****************************************

Moral value yang aku dpt drpd cerita itu adalah pentingnya peribadi si lelaki dan si isteri sebelum berkahwin bagi menjamin zuriat yang akan dihasilkan itu menjadi anak yg soleh....

dan bukannya perkahwinan itu berlandaskan cinta semata-mata tanpa perlu kembalikan rasa cinta dan kasih itu kepada pemilik sebenar iaitu RABBUL JALIL..ALLAH TAALA...

Sehingga kini aku plak terpikir (samada berangan atau ianya akan jadi realiti...aku pn xtau lagi)...aku terpikir utk meletakkan bonus buat bakal isteri ku jika diizinkan ALLAH umurku panjang...aku mesti menjadi HAFIZ dahulu...baru aku akan berkahwin....boleh x kalo aku letak syarat cmtuh????terpulang pada diriku sendiri la...mudah2an ianya menjd satu cabaran agar aku termotivasi utk meneruskan hafazan AL-QURAN ku yg tergantung xbertali itu...

Wallahua'lam

Tuesday, June 23, 2009

Nape jual Murah???

"LAIN KALI JUAL MAHAL......",kata-kata Makcik Nor tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga Fizah.

Ada benarnya kata makcik saudaranya itu.

Mengalir beberapa titis airmata gadis itu. Fizah mula terkenang akan kesilapannya yang telah lalu.

*****************

Puan Salmah sentiasa memberi nasihat kepada anaknya,Fizah. Namun, Fizah (bukan nama sebenar) yang ketika ini berusia 19tahun itu masih berdegil tidak mahu dengar cakap.

"Ibu tak faham...remaja zaman sekarang memang macam ni..",

Kata-kata Fizah itu agak kasar serta mengguris hati Puan Salmah. Beliau sering berdoa agar anak gadis sulungnya itu berubah menjadi anak yang Solehah.

Sejak pemergian suami Puan Salmah (Allahyarham Anwar), kehidupan anak-anak beliau semakin sukar untuk dikawal. Kalau dahulunya, Arwah sering memarahi dan menegur anak-anak mereka dengan tegas sehingga anak-anak itu mendengar cakap dan langsung tidak berani berkasar kepada mereka berdua. Namun, kini Puan Salmah tidak mampu untuk bertegas kerana sayangnya beliau kepada anak-anak melebihi segala-gala. Ini juga menjadi asbab mereka sanggup berkasar kepada beliau sendiri

****************

Wang insurans kematian suami Puan Salmah itu digunakannya untuk menampung perbelanjaan mereka anak beranak untuk melaksanakan ibadah Umrah di Tanah Suci. Alhamdulillah, segala perjalanan mereka dipermudahkan ALLAH Taala.

Puan Salmah beserta anak-anak telah berangkat ke Tanah Suci bersama-sama dengan Makcik Nor dan Makcik Linda, kakak Puan Salmah itu sendiri. Mereka adalah adik beradik satu ibu tetapi lain bapa.

****************

Fizah sangat suka bersosial. Dia sanggup menghabiskan masa hujung minggunya itu dengan berfoya-foya bersama teman lelakinya. Sehingga kini, sudah 3 orang lelaki pernah menjadi teman lelakinya. Fizah sememangnya seorang gadis yang cantik. Namun, kecantikan bukan segala-galanya.

Fizah terus hanyut dengan kealpaan. Namun, hanyutnya itu tidak lah sampai dia sanggup menjual dirinya kepada teman lelakinya itu. Cuma berpegangan tangan itu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya dan teman lelakinya.

Puan Salmah hanya mampu mengalirkan air mata melihat perubahan sikap anaknya itu. Tidak termampu untuk melakukan apa-apa. Alasannya kerana SAYANG PADA ANAK. Satu alasan yang tidak sesuai untuk diperhujahkan di sini.

Akhirnya, terlintas di kotak fikiran Puan Salmah untuk membawa anak-anak mereka mengerjakan ibadah Umrah. Dengan harapan doa beliau di sana dimakbulkan agar ALLAH memberikan hidayah kepada anak gadisnya itu.

**********************

Tibanya rombongan Puan Salmah dan keluarga di Makkah. Mereka ditempatkan di Makkah Hotel, betul-betul berhadapan dengan Masjidil Haram.

Ketika itu, Fizah mengangkat beg galas merahnya itu.

Tiba-tiba di sapa oleh Makcik Nor, "Fizah, apasal beg kau tuh koyak?"

Fizah pun menjawab, "Alah, biasalah...beg murah senang la koyak...."

Makcik Nor tersentak dengan jawapan Fizah tuh. Lalu beliau berkata, "Macam tu jugak la manusia...kalu jual MURAH, senang la rosak...xbernilai..."

Fizah buat endah x endah jer kata-kata Makcik Nor itu.

*****************

Seperti yang telah dihajati ketika di Malaysia lagi. Puan Salmah sentiasa mendoakan agar ALLAH memberikan hidayah kepada anak gadisnya itu

Hari demi hari. Masa demi masa. Ketika demi ketika.

Tibalah satu hari yang sangat-sangat menjadi sejarah.

Fizah mendapat panggilan telefon dari Kuala Lumpur (ketika itu kebetulan dia ada membawa handphone menggunakan talian antarabangsa)

"Hello, ni Syafiq....Fizah, kita break!!..Awk tuh play girl...banyak sangat foya-foya dengan lelaki. Awak ingat lelaki nak sangat ke perempuan macam awak?", panggilan telefon dari teman lelaki Fizah. kini dia bukan lagi teman lelaki Fizah.

Mengalir air mata Fizah. Teringat dia pada kata-kata Makcik Nor tempoh hari. Benar kata Makcik Nor. Perempuan mahupun lelaki yang menJUAL MURAH mudah rosak. Kata-kata Syafiq itu benar-benar menyedarkan Fizah.

Akhirnya, Fizah bertaubat. Alhamdulillah, Tanah Suci Makkah menjadi saksi perubahan dirinya kepada yang lebih baik.

Ahli Jawatankuasa Orientasi PDT 09/11

Assalamualaikum...

Selepas seminggu lebih ku berada di kolej matrikulasi Perak...akhirnya ku jejakkan semula kaki ke rumahku syurgaku di Taman Gombak..ALHAMDULILLAH..

Menggalas jawatan ketua ahli jawatankuasa orientasi (AJKO) bukannya tugas mudah bagiku..yea! mmg tidak mudah...aku terpaksa mengambil risiko dlm hal2 tertentu di mana perjalanan progrm orientasi itu di bawah keputusan ku...

Walaupun hanya AJKO PDT tp tugas sbgai ketua itu tetap berat...haha, naseb baik la ajko2 yg sedia ader terpilih itu semuanya sporting...senang sket kerja ku

walopon pada mulanya aku xknal muka2 ajko yg dipilih tuh...tp dgn bakat dan kebolehan aku masuk ngan diorg akhirnya ku rasakan bahawa best gler diorg sumer...mmg terbaik la...kurasakan MPPB kali paling best...haha..no komen la...

Hari last aku nak berpisah ngan diorg cm sedih gak la...tp aku pikir balik...sedih jap je...huhuuhu...diorg pon siap kasi amanat kat aku...mppb pdt tahun dpn diorg suh ajak lagi diorg...sumer plak tuh...cmner la aku nak ajak...mcm la aku still ktua utk ajko tahun dpn..huhuhu..tuh je la..luahan rase utk dirasa...

Salam Alaik

Sunday, June 21, 2009

Lelaki dulu dan lelaki kini.....

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

p/s:nukilan ini ku copy dr sumber tertentu...