Tuesday, April 7, 2009

Muhasabah



Lahirnya manusia bermula daripada FITRAH

Solat : Bagaimana penghayatannya?....(sambungan huraian hadis)

Bila kita menyebut tentang solat....pasti akan terbit lah dalil Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yg bermaksud:
"Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat"

Tapi pernah terfikir ke kita bagaimana solat Nabi? Dalam Al-quran terlalu umum cara penerangan solat...SUJUD dan RUKU'...oleh sebab itulah perlu atau dalam erti kata lainnya WAJIB mendekati alim ulama' kerana mereka pewaris Nabi...dan dalam konteks mempelajari ilmu utk solat ini, mereka lebih layak menjadi rujukan.

Namun, penghayatan solat itu sekadar nama semata-mata..theory but not practical...kalau praktikal sekalipun penghayatannya tidak ada...Kita sering membaca ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar"

Namun, kita lihat di kala ini, yang menimbulkan masalah juga kebanyakan besar adalah orang Islam itu sendiri...x semena-mena Islam juga buruk nama...Maka golongan tersebutlah yang dimaksudkan oleh ALLAH dlm Al-Quran :
"Maka celakalah orang-orang yang solat (tidak menghayati apakah itu solat"....Nau'zubillahi min dzalik.

Itu satu hal...satu hal lain yang lagi kritikal...golongan yang meninggalkan solat terus..ini lagi bahaya...

Hadis Nabis yang bermaksud :
"Beza antara orang Kafir dan orang Islam adalah meninggalkan solat"

Jadi mana-mana umat Islam yang meninggalkan solat itu, apakah status mereka???sama-samalah kita berdoa agar golongan tersebut diberikan Hidayah dan Taufiq oleh ALLAH Taala.Semoga ilmu ini dikongsikan bersama-sama. Wallahu a'lam.

Pemberi peringatan

Jenis Syaitan yang goda manusia:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan
apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan ini yang tambahan.....

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah
Klang, Singapore, Beijing &..... Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

Semoga ambil i'tibar drpd entri kali ini

Monday, April 6, 2009

ku mengharap.....

Selepas habis sahaja kelas Tech com td...sy dan aiman segera ke klinik komuniti...klinik kerajaan lg saving...xde charge yg membebankan....kalau berbayar pun sekadar rm1...Trima kasih kerajaan MALAYSIA..(bkn pd BN yer....tp kerajaan MALAYSIA)

sesampainya sy di klinik itu...seperti prosedur bg mana2 klinik atau hospital, mahupun apa2 urusan formal pun...pasti kena ambil no giliran...maka ambillah sy akan no giliran tersebut...huhu..(ayat agak skema...mmg terrbaik)

Tunggu la sy di tmpt menunggu sehinggalah giliran sy bertemu doktor yg bertugas utk merawat sy tuh...selesema serta telinga yang de problem sket nih,doktor tersebut check...mmg btul ade masalah kesihatan..siap dpt cuti lg..tapi bukan semua itu yg sgt sy harapkan...

Apa yg sy harapkan bermulanya sy jejakkan kaki di klinik tersebut adalah...kejayaan kwn2 sy yg menyambung pengajian sbgai doktor....sy sgt2 mengharapkan sgt mereka kesemuanya menjd doktor (Ya ALLAH, makbulkanlah permintaan hamba-Mu yg dhaif ini)....bukan tu saja...sy juga mendoakan agar shbt2 yg amik farmasi turut berjaya menjd ahli farmasi bilamana melihat pekerja klinik itu mengasingkan ubat....

Bila sy tny aiman, pe fokus org yg kerja sbgai tuh???dia jwb "farmasi"...tp bg sy sendiri mgkin lebih sbnrnya bidang kerja bg pelajar Farmasi...tukang buat ubat tuh ahli farmasi gak...haaa...itulah apa yg sgt sy harapkan....

Begitu juga pengharapan sy kepada semua shbt yg sedang berjuang dalam apa bidang sekalipon...kerana sy masih berpegang pd falsafah, setiap orang pasti memerlukan satu sama lain...kita bukan ESA utk berseorgan meneruskan hidup..sebaliknya kita memerlukan org lain di sisi kita....

Semoga berjaya wahai teman-teman...niatkan perjuangan kita kerana ALLAH

Thursday, April 2, 2009

Kalimah Syahadah, sekadar teori?

Alhamdulillah kali ini saya akan membincangkan berkaitan tajuk “Kalimah Syahadah, sekadar teori?”. Kenapa saya tulis sedemikian rupa? Sila teruskan pembacaan anda......

Syarat bagi mana-mana manusia untuk membuktikan keISLAMannya adalah salah satunya bermula daripada Kalimah Syahadah. Ya, kita sering @ sebetulnya setiap hari kita mengucapkan kalimah syahadah dalam solat. Tidak dinafikan kenyataan tersebut. Bagi orang yang bukan Islam juga ketika mana mahu memeluk agama Islam perkara pertama yang akan dilakukan adalah mengucap dua kalimah syahadah.
Adakah kita hayati apa itu kalimah syahadah?

Lafaz kalimah syahadah adalah: ( أشهد أن لا إله إلا ألله * وأشهد أن محمد رسول الله ) yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Orang yang bersyahadah dipangggll bersaksi kerana dia mengkhabarkan dan memberltahu apa yang diketahui olehnya. Kalimah syahadah juga mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iktiqad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan.

TUNTUTAN TUNTUTAN SYAHADAH
Syahadah yang diucapkan hasil daripada kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang berfungsi untuk mendesak pengucapnya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Diantara tuntutan syahadah ialah:

Membenarkan Segala Yang Datang Dari Allah dan RasulNya
Seseorang mukmin wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang dari Allah dan RasulNya terkandung di dalam al-Quran atau al-Hadith. Seterusnya mereka percaya bahawa segala yang bukan dari Allah dan Rasulnya yang bercanggah dengan Islam adalah palsu. Firman Allah:
فما يكذبك بعد با لدين . أليس الله بأحكم الحـكمين
Maksudnya:“Maka apa pula yang menjadikan engkau pendusta (bercakap tidak benar) berkenaan dengan hari pembalasan sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil hakim”
(at-Tin 95:7-8)

Taat Kepada Allah dan RasulNya
Orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya tunduk dan patuh kepada perintah kedua-duanya dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan amalan harian supaya sesuai dengan ajaran al-Quran al-Hadith.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:“Sesiapa yang taat kapada rasul maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling (ingkar) maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad) kerana Kami tidak mengutuskan engkau untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)

Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar
Salah satu tuntutan syahadah ialah menjalankan tugas dakwah mengajak diri dan orang lain melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:“Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan (kuasa) kamu, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati dan yang demikian itu (cegah dengan hati) adalah seIemah-lemah iman”

Memberi Wala’ Kepada Orang Mukmin dan Menlak Orang Kafir
Seseorang mukmin wajib memberi wala’ (kepatuhannya) kepada sesama saudaranya, yang mukmin dan menolak wala’ kepada orang kafir. Firman Allah taala:
إنما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة ويؤتون الـزكوة وهم ركعون . ومن يتول الله ورسوله والذين ءامنوا فإن حزب الله هم الغـلبون
Maksudnya:“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulullah serta orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dia mendapat kemenangan) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah,itulah yang tetap menang”
(al-Maidah 5:55-56)

Melaksanakan Hukum-hukum Dari Kitab Allah dan Rasulnya
Semua hukum dan peraturan Allah dan rasulNya yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadis mesti dilaksanakan dalam semua urusan hidup, samada urusan ibadah, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Firman Allah taala:



Maksudnya:“Maka demi tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati merekasesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”

Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang yang beriman rela menghukum dengan hokum Allah dan rasulNya dan menerima hokum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan jauh sekali dari menukar hokum Allah itu dengan hukum ciptaan makhluk. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Allah merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

• Bertakwakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
• Engkar nikmat Allah samada yang terang atau yang tersembunyi, yang rnudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
• Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.
• Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
• Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
• Menjalankan hukum yang lain selain hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum AlIah dalam sesuatu perkara.
• Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.
• Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
• Menghina sesuatu daripada kitabullah atau sunnah atau orang-orang ailim yang menegakkannya dan mempersendakan hokum-hukum dapada hukum atau syiar-syiar daripada syiar Islam.
• Menghalalkan apa yang dihramkan Allah dan sebaliknya.
• Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada al-Kitab dan as-Sunnah.
• Melantik orang-orang kafir dan munafiqin menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
• Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
• Rasa takut, Iemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam mengakkan perkara-perkara syirik.
• Mengatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat-ayat yang lahir dan isi yang terkandung dalam ayat-ayat itu.
• Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengertian yang jelas serta engkar sifat¬-sifat ketuhananNya atau engkar nama-namaNya.
• Tidak mengetahui Atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak mengi’tiqadkan bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
• Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
• Membuat sesuatu pekerjaan (Ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf selain kepada baitullah dengan niat mendekati Allah.

Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadah yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapat pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah ia berjihad kerana supaya orang mengenang jasa dan namanya.

So, terlaksanakah semua tuntutan di atas itu???kalau tidak, benar sama sekali statement saya bahawa kalimah syahadah hanya sekadar teori...siapa yang dimaksudkan sama-sama kita fikir akan diri kita sendiri.

Rukun Islam

Remaja sebaya saya sering menyebut tentang cinta, nikah, cita-cita dan sebagainya. Saya akui hal itu semua jangan terlepas pandang. Tapi perlukan masa yang sesuai. Peringatan kali ini saya fokuskan kepada semua tanpa mengira had umur. Mudakah anda, atau tuakah anda. Sudah pasti tidak terlepas untuk peringatan saya ingin sampaikan ini.

Sering kita mengabaikan Rukun Islam yang telah lama kita pelajari dahulu. Barangkali ada di antara kita sudah terlupa apakah itu Rukun Islam. Benda yang kita rasa remeh tapi hakikatnya ianya tersangatlah besar untuk kita pegang. Bilamana rukun tak termampu dilaksanakan, adakah layak kita digelar seorang Muslim (Islam)? Bagi yang sibuk-sibuk hendak berkeluarga, selesaikan dahulu urusan Fardhi kamu ini. Usah difokuskan lagi urusan kekeluargaan itu.

Bagi sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk membaca post saya kali ini diharapkan sangat selepas membaca,Tepuk dada tanya imam;
Daripada Hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, daripada Anas bin Malik :
“Islam tertegak di atas 5 perkara; Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Melaksanakan Haji sekiranya mampu, dan Berpuasa di Bulan Ramadhan”

Hadith yang telah saya tulis diatas kedudukannya adalah shohih. Bilamana hadith yang shohih telah dibacakan, tidak boleh tidak bagi kita mentaati hadith tersebut. (Tidak boleh tidak = MESTI/WAJIB)
InsyaALLAH saya akan cuba perhuraikan setiap perkara yang telah menjadi Rukun Islam itu melalui ilmu saya yang cetek ini.

(Bersambung......................)

Wednesday, April 1, 2009

Demam

Bila kita berbicara tentang demam....pasti ada yang kaitkan dengan demam 'kesihatan terganggu'....demam bola...demam peperiksaan...dan lain-lain. Kali ini kita fokuskan demam utk kesihatan yang terganggu>>>

Suka utk saya bacakan mafhum Hadith yang berbunyi

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : 2 nikmat yang sering dilupakan oleh manusia "SIHAT TUBUH BADAN & KELAPANGAN MASA"....

masa itu emas....kesihatan itu penting...bila kedua2 nyg kita sedar bahawa kita telah kehilangannya..pasti akan terasa sangat menyesal...mmg pon bagi seorg manusia...post yang agak kurang menarik tp ambil la ape2 ihtimam (pengajaran) yg boleh diambil