Dakwah tidak hanya terbatas dengan ceramah, tazkirah, menyampaikan risalah dan lain-lain. Apabila kita membicarakan soal dakwah. Tidak akan sama sekali menemui titik noktah sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir di muka bumi ALLAH TAALA ini. Dakwah tidak hanya untuk golongan a'lim ulama' semata-mata. Namun, dakwah adalah milik semua individu yang bergelar MUSLIM sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallallahu a'laihi wasallam yang bermaksud;
"Barangsiapa yang mengucap dua kalimah syahadah, maka dia adalah da'ie" -Hadis-
Ulama' hadis membahaskan bahawa menjadi satu hukum WAJIB bagi individu muslim itu untuk berdakwah. La Budda (Tidak boleh tidak), semua individu yang beriman kepada ALLAH TAALA, semua perlu berdakwah. Hatta Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi mengatakan, zaman sekarang (kehancuran dan keruntuhan akhlak masyarakat) hukum WAJIB itu menjadi lebih++ WAJIB. (Maafkan saya kerana tidak mampu melampirkan sumber di mana dan ketika mana Al-Qardhawi mengeluarkan statement tersebut kerana saya menghadapi masalah lupa)
Berbalik kepada tajuk dakwah itu tadi, mungkin ada segolongan manusia meletakkan alasan kerana kurangnya ilmu menyebabkan beliau (individu berkenaan) tidak layak atau tidak mampu untuk berdakwah. Ada juga yang memberikan alasan kerana dirinya seorang insan kerdil, berdosa, jahat, gangster dan sebagainya. Apa jua alasan sekalipun, hukum WAJIB berdakwah itu tidak mungkin berubah sama sekali. Sehinggalah manusia yang MUSLIM itu kembali menemui ALLAH YANG MAHA ESA.
Namun begitu, segala persediaan perlu dilakukan sebelum kita mewaqafkan diri kita di medan dakwah. Kerana apa? Berdakwah boleh diibaratkan tentang usaha kita memberitahu masyarakat umum tentang sesuatu perkara. Cuba bayangkan, kita ingin memberitahu sesuatu maklumat tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pasti apakah maklumat yang ingin kita sampaikan. Di sinilah penekanan menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu maka barulah kita mampu untuk menyampaikan dakwah. Maka, hukum menuntut ilmu juga adalah WAJIB. Seperti wuduk. Solat adalah wajib. Tiada wuduk, tidak sah solat kita. Maka solat menyebabkan hukum berwuduk menjadi WAJIB. Walhal wuduk pada asalnya bukanlah suatu kewajipan.
Di sinilah terletaknya timbangtara dan hubungkait ilmu dan dakwah. Kedua-dua elemen ini tidak boleh dipisahkan. Satu pesanan penting yang ingin saya ingatkan sebelum berdakwah. Usahlah kita menjadi ibarat sebuah tin kosong. Tin yang kosong apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi yang kuat berbanding tin yang dipenuhi isi. Kita ibaratkan isi di dalam tin itu adalah ilmu. Biar bunyi kuat (bersungguhan dalam berdakwah) tapi dalam masa yang sama kita mempunyai ilmu. Agar kita tidak ditipu oleh diri sendiri. Jadikan diri kita ini berhujah. Setiap kata-kata dipenuhi hujah.
Dalam usaha dakwah ini juga, ketepikan soal khilaf di antara jemaah. Saya merasakan seakan-akan kerugian yang sangat besar jika khilaf di antara jemaah islam itu mengganggu usaha dakwah. Sebaliknya, titikpersamaan yang perlu dicari agar kita saling hormat-menghormati serta saling bantu-membantu untuk meluaskan urusan dakwah ini. Saya suka membandingkan kesilapan para da'ie yang suka menimbulkan soal furu' (cabang) menyebabkan usaha dakwah Islam terbantut dengan usaha missionary kristian. Mereka begitu sepakat dalam dakyah mereka. Sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk mengKRISTIANkan masyarakat.
Di sini kita boleh lihat, timbulnya masalah cabang membawa mudharat kepada kita sendiri. Cuba bayangkan. Kita perlu berhadapan dengan musuh yang bukan ISLAM. Dan sesama ISLAM juga ingin bermusuh juga?? Maka sampai bila nak berkembang agama ISLAM itu. Sekadar meluahkan pendapat. Kalian tidak perlu membangkitkan isu taadud jemaah or perkara-perkara cabang yang lain kepada saya kerana saya tidak terkesan untuk itu semua.
Sekadar perkongsian ilmu yang saya kira kalian sendiri sudah sedia maklum tentang hal ini. Cuma sekadar meluahkan apa yang sudah lama tersimpan di benak fikiran saya sudah sekian lama. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment