Ada satu perkara menarik untuk kalian download. Ini berkenaan cinta, bagi mereka-mereka yang masih menuntut di IPT tidak kira di dalam dan luar negara. Silakan download. Tak rugi pun. Free je download.
klik di sini
Friday, May 28, 2010
Thursday, May 27, 2010
KISAH MERAH DAN HITAM....
Kisah ini tidak dapat dipastikan akan kebenaran jalan ceritanya. Namun, bagi si penulis, ada baiknya kisah ini dipaparkan buat tatapan pembaca sekalian. Mungkin membosankan dan mungkin juga membantu memperoleh hikmah. Boleh jadi ia sekadar cerpen. Almaklumlah penulis memang suka berimaginasi. Tanpa melengahkan masa, tatapilah sekiranya sudi.
Difahamkan kisah ini berkaitan seorang pemuda yang digelar Merah (M). Kisah si M yang menaruh hati terhadap seorang perempuan yang bergelar Hitam (H). M dan H merupakan kenalan sejak di bangku sekolah lagi. Mereka bersekolah di sekolah beraliran agama. Ketika di alam persekolahan, mereka tidak pernah dikaitkan dalam apa-apa gosip. Mungkin kerana M 'sibuk' dengan peranannya sebagai pembuat kacau di sekolah. Manakala H pula seorang muslimah yang sangat baik, rajin dan proaktif.
M mempunyai satu sikap yang kurang disenangi oleh pelajar perempuan di sekolahnya. Sikapnya yang suka menyusahkan orang lain itu menjadi buah mulut pelajar perempuan di sekolah. Namun, dari sudut pelajar lelaki, sikapnya yang menyusahkan itu tidak membawa kesan apa-apa kerana di sekeliling M lagi ramai golongan yang suka menyusahkan orang. Tidak kurang juga golongan yang membosankan. Sebab itu, dalam ranking pelajar lelaki bermasalah di sekolah, M bukanlah paling top. Tapi di kalangan pelajar perempuan, M sangat menjadi bahan gosip mereka. Kerana apa? Maafkan penulis kerana tugas penulis hanyalah bercerita. Maklumat punca itu tidak termasuk dalam database yang penulis perolehi daripada sumber asal.
Hendak dijadikan cerita, H walaupun seorang pelajar perempuan yang baik, turut terlibat dalam perbualan mengenai M. Sebut sahaja nama M, semua pelajar perempuan termasuk H sendiri kurang menyenanginya. Itulah situasi yang berlaku ketika M dan H di alam persekolahan. Alam persekolahan yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam. Buat sesiapa sahaja pasti ada peristiwa-peristiwa yang masih segar di dalam ingatan masing-masing. Ini kisah M dan H.
Satu tahun kemudian, selepas tamatnya zaman persekolahan mereka. M membawa diri ke utara tanah air. Berbekalkan dengan keputusan SPM yang boleh dikira baik, M melanjutkan pengajian di sana. Manakala H pula menyambung pengajian juga berhampiran dengan rumahnya. Barangkali H seorang anak yang manja. Biasalah, H seorang yang baik, cerdas dan proaktif. Mungkin tujuannya menyambung pengajian berhampiran dengan rumahnya agar mudah H menabur bakti kepada ibubapa serta keluarganya.
Seperti biasa, hobi M suka mengganggu orang. Terutama rakan-rakannya yang perempuan. Kerana M mempunyai sikap yang suka mengganggu, jadi diteruskannya walaupun sudah menamatkan alam persekolahan. Diganggunya si Kuning (K), Unggu (U), Pink (P), Kelabu (Ke)dan warna-warna yang lain. Habis diganggu semua-semua mereka itu. Namun, kerana kematangan mereka. Akhirnya M tidak lagi dilayan oleh mereka. Akhirnya sikap itu sedikit sebanyak terbantut. Jadi M tidak lagi mengganggu rakan-rakan sekolahnya lagi.
Diburunya sasaran yang baru.
Rupanya sasaran yang baru juga begitu. Tidak menggemari sikap M si kaki pengganggu itu. Namun, tergerak di hati M untuk kembali mengganggu rakan sekolahnya. Dan kebetulan mangsa ketika itu adalah H. Maka diganggunya H. Niatnya sekadar mahu menyakitkan hati H semata-mata. Namun H ini seorang yang berjiwa tabah, kebal dan sukar digugat. Ganggu punya ganggu akhirnya M yang menyerah kalah. Buat pertama kali M merasakan bosannya ganggu orang. Akhirnya M mengambil peluang untuk berbaik dengan H. Walaupun separuh perasaan M merasakan H pasti tidak akan berbaik dengannya.
Takdir untuk menjadikan cerita ini lebih menarik. M semakin hari semakin senang dengan H. Pada mulanya M merasakan dirinya bukan layak untuk menjadi kawan baik H. Akhirnya, mereka sah menjadi kawan baik. Hanya sekadar kawan. (Ingin penulis ingatkan kisah ini kisah M menaruh perasaan pada H dan bukannya kisah percintaan).
M yang sebelum ini sangat anti-perempuan dan sukar berbaik dengan perempuan akhirnya berbaik dengan H. (Walaupun penulis banyak kali menulis perkataan 'akhirnya' tapi masih belum akhir. Ini adalah teknik penulisan si penulis). Dalam diam rupanya M juga menaruh hati terhadap H. Mungkin H juga begitu. (Tapi mungkin sahaja. Teruskan membaca. Pembaca dinasihatkan menghabiskan pembacaan sebelum membuat kesimpulan).
M mengambil jalan singkat tanpa berfikir panjang. M meluahkan rasa kasihnya itu kepada H. Namun, H seorang perempuan yang solehah. Dia begitu menjaga peribadi dan akhlaknya. Apabila H sedar dirinya telah menyebabkan si M terganggu dan menaruh kasih padanya. Maka dikatakan H kepada M agar hubungan kawan baik itu dihentikan seketika. Kerana bagi H, dia mempunyai pronsip diri sebagai seorang muslimah. Tidak akan sesekali dia menjebakkan diri di dalam cinta terlarang sebelum pernikahan. Dan tidak juga dia menginginkan jiwa seorang lelaki seperti M meletakkan cinta bukan pada tempatnya. Mencintai perempuan melebihi cinta kepada Maha Pencipta. M akhirnya akur dengan prinsip itu. Tamat
(Begitulah kisah Merah dan Hitam ini. Betapa murninya peribadi H. Sekadar renungan bagi mereka yang memahami mesej tersirat. Penulis memohon maaf kepada M dan H sekiranya berlaku sedikit tokok dan tambah semasa menulis kisah ini. Namun mesejnya tidak lari)
Monday, May 24, 2010
Dia Pilihanku.......
www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad
Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..
Bila membaca puisi di atas ni, teringat sebuah puisi yang juga indah dan penuh makna:
Tolong Beritahu Si Dia
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Monday, May 17, 2010
bukan semestinya memiliki
Assalamualaikum...
Terasa seperti ingin berbahasa romantika untuk sesi entri kali ini. Namun, apapun jenis tulisan yang ingin disampaikan pasti terselit sedikit positif dan hikmahnya.
Lihat sahaja gambar itu. Ada penyataan ayat yang tertera di atas gambar itu sedikit sebanyak buat ingatan kita semua.
KADANGKALA ORANG YANG PALING MENCINTAIMU ADALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA.
DAN BILA DIA SUATU MASA HILANG DARI PANDANGANMU.....KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI....
USAH DIRATAPI PERPISAHAN DAN KEGAGALAN BERCINTA KERANA HAKIKATNYA JODOH ITU BUKAN DI TANGAN MANUSIA.
ATAS KASIH SAYANG TUHAN KAU DAN DIA BERTEMU DAN ATAS LIMPAHAN KASIH-NYA JUA KAU DAN DIA DIPISAHKAN BERSAMA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI. PERNAHKAH KAU TERFIKIR KEBESARAN-NYA ITU?
Jiwang kan? haha...justeru itu cintailah ALLAH maka di kau akan memperoleh kecintaan seseorang yang turut mencintai ALLAH dan mencintai kau kerana ALLAH. [ingatan buat semua]

Saturday, May 8, 2010
[Dakwah]......
Dakwah tidak hanya terbatas dengan ceramah, tazkirah, menyampaikan risalah dan lain-lain. Apabila kita membicarakan soal dakwah. Tidak akan sama sekali menemui titik noktah sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir di muka bumi ALLAH TAALA ini. Dakwah tidak hanya untuk golongan a'lim ulama' semata-mata. Namun, dakwah adalah milik semua individu yang bergelar MUSLIM sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallallahu a'laihi wasallam yang bermaksud;
"Barangsiapa yang mengucap dua kalimah syahadah, maka dia adalah da'ie" -Hadis-
Ulama' hadis membahaskan bahawa menjadi satu hukum WAJIB bagi individu muslim itu untuk berdakwah. La Budda (Tidak boleh tidak), semua individu yang beriman kepada ALLAH TAALA, semua perlu berdakwah. Hatta Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi mengatakan, zaman sekarang (kehancuran dan keruntuhan akhlak masyarakat) hukum WAJIB itu menjadi lebih++ WAJIB. (Maafkan saya kerana tidak mampu melampirkan sumber di mana dan ketika mana Al-Qardhawi mengeluarkan statement tersebut kerana saya menghadapi masalah lupa)
Berbalik kepada tajuk dakwah itu tadi, mungkin ada segolongan manusia meletakkan alasan kerana kurangnya ilmu menyebabkan beliau (individu berkenaan) tidak layak atau tidak mampu untuk berdakwah. Ada juga yang memberikan alasan kerana dirinya seorang insan kerdil, berdosa, jahat, gangster dan sebagainya. Apa jua alasan sekalipun, hukum WAJIB berdakwah itu tidak mungkin berubah sama sekali. Sehinggalah manusia yang MUSLIM itu kembali menemui ALLAH YANG MAHA ESA.
Namun begitu, segala persediaan perlu dilakukan sebelum kita mewaqafkan diri kita di medan dakwah. Kerana apa? Berdakwah boleh diibaratkan tentang usaha kita memberitahu masyarakat umum tentang sesuatu perkara. Cuba bayangkan, kita ingin memberitahu sesuatu maklumat tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pasti apakah maklumat yang ingin kita sampaikan. Di sinilah penekanan menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu maka barulah kita mampu untuk menyampaikan dakwah. Maka, hukum menuntut ilmu juga adalah WAJIB. Seperti wuduk. Solat adalah wajib. Tiada wuduk, tidak sah solat kita. Maka solat menyebabkan hukum berwuduk menjadi WAJIB. Walhal wuduk pada asalnya bukanlah suatu kewajipan.
Di sinilah terletaknya timbangtara dan hubungkait ilmu dan dakwah. Kedua-dua elemen ini tidak boleh dipisahkan. Satu pesanan penting yang ingin saya ingatkan sebelum berdakwah. Usahlah kita menjadi ibarat sebuah tin kosong. Tin yang kosong apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi yang kuat berbanding tin yang dipenuhi isi. Kita ibaratkan isi di dalam tin itu adalah ilmu. Biar bunyi kuat (bersungguhan dalam berdakwah) tapi dalam masa yang sama kita mempunyai ilmu. Agar kita tidak ditipu oleh diri sendiri. Jadikan diri kita ini berhujah. Setiap kata-kata dipenuhi hujah.
Dalam usaha dakwah ini juga, ketepikan soal khilaf di antara jemaah. Saya merasakan seakan-akan kerugian yang sangat besar jika khilaf di antara jemaah islam itu mengganggu usaha dakwah. Sebaliknya, titikpersamaan yang perlu dicari agar kita saling hormat-menghormati serta saling bantu-membantu untuk meluaskan urusan dakwah ini. Saya suka membandingkan kesilapan para da'ie yang suka menimbulkan soal furu' (cabang) menyebabkan usaha dakwah Islam terbantut dengan usaha missionary kristian. Mereka begitu sepakat dalam dakyah mereka. Sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk mengKRISTIANkan masyarakat.
Di sini kita boleh lihat, timbulnya masalah cabang membawa mudharat kepada kita sendiri. Cuba bayangkan. Kita perlu berhadapan dengan musuh yang bukan ISLAM. Dan sesama ISLAM juga ingin bermusuh juga?? Maka sampai bila nak berkembang agama ISLAM itu. Sekadar meluahkan pendapat. Kalian tidak perlu membangkitkan isu taadud jemaah or perkara-perkara cabang yang lain kepada saya kerana saya tidak terkesan untuk itu semua.
Sekadar perkongsian ilmu yang saya kira kalian sendiri sudah sedia maklum tentang hal ini. Cuma sekadar meluahkan apa yang sudah lama tersimpan di benak fikiran saya sudah sekian lama. Wallahu a'lam.

Cinta Program Sebegini~
Program Kemasyarakatan Di UTeM
Program ini dilaksanakan bagi melatih sifat kepimpinan di kalangan pemimpin-pemimpin dari Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Chenderah,Jasin, Melaka. Melibatkan peserta seramai 42 orang dengan kekuatan fasilitator seramai 6 org + 1 ketua fasi. Membentuk 6 kumpulan semuanya. 1 fasi 1 kumpulan. Pelajar yang terlibat semuanya adalah pengawas, pustakawan dan juga PRS. Semua mereka adalah pemimpin yang juga bakal huffaz, InsyaALLAH. (Saya juga bakal Al-Hafiz. Amin). Program bertempat di sekitar kawasan library dan Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bertarikh 8 Mei 2010.
Satu pengalaman yang saya kira memang thrill la. Cuba kalian bayangkan, seharian suntuk menjadi fasilitator bermula dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam. Program hanya satu hari. Non-stop punya program. Kebiasaannya saya menjadi fasilitator untuk program yang berlansung selama 3 hari 2 malam dan sebagainya. Tapi kali ini seharian all-out. Puas sungguh hati ini. Sememangnya dilahirkan dengan perasaan cintakan program kemasyarakatan seperti ini. ALHAMDULILLAH~
Monday, May 3, 2010
ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA
Assalamualaikum....
InsyaALLAH entry ini lebih ilmiah berbanding entri sebelumnya. Juga berkaitan cerita dan pengalaman diri ini. Terpulang pada pembaca untuk meneruskan pembacaan atau pun tidak. Tapi janji saya, insyaALLAH kalian dapat mengambil sesuatu ibrah dan pengajaran daripada cerita saya ini.
Baru-baru ini saya diuji oleh ALLAH TAALA dengan kehadiran satu keadaan ketidakselesaan di telinga sebelah kanan. Apabila saya pergi berjumpa doktor di kampus UTeM, beliau mengatakan bahawa telinga saya dijangkiti kuman. Doktor memberikan ubat titisan telinga untuk sakit yang saya alami ini. Antibiotik juga turut diberikan kepada saya. Namun, setelah seminggu menggunakan ubat itu. Tidak ada perubahan bahkan ada kalanya saya merasakan lebih bertambah tidak selesa itu.
Saya pulang ke rumah. Dan dipendekkan cerita, saya pergi berjumpa dengan seorang doktor pakar di Hospital Tawakkal (Dr Solahuddin B Kenali - juga merupakan pakcik saudara saya). Sememangnya telinga adalah bidangnya. Jadi ini memudahkan urusan saya. Point yang penting yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan telinga itu sendiri.
Telinga ini auto clean sebenarnya. Tak perlu pun kita nak korek telinga atau buat apa-apa pada telinga itu. Sekadar bersihkan luar sahaja. Bak kata Dr Solahuddin, ambil wudhuk sahaja dah memadai untuk membersihkan telinga. Betapa hebatnya ALLAH TAALA. Dalam wudhuk sahaja terselit satu keistimewaan dan kebaikan untuk pembersihan telinga. Tak perlu dikorek-korek. Telinga ini sangat sensitif. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH yang sensitif ini ditambah dengan kehebatan wudhuk itu sendiri.
Kalau macam ini kenapa masih ada lagi keraguan pada ALLAH? Keraguan pada Islam itu sendiri?. ALLAH pencipta manusia. Jadi DIA MAHA MENGETAHUI apa yang sepatutnya dilakukan untuk kemudahan dan kesenangan hamba-NYA. Tiada cacat cela dalam segala bentuk penciptaanNYA. Lain seperti manusia. Oleh sebab saya adalah orang dalam bidang kejuruteraan, maka izinkan saya bercakap dalam konteks kejuruteraan. Kita ambil contoh bangunan. Pasti akan ada sedikit keretakan mahupun kecacatcelaan dalam pembinaan bangunan itu. Begitu juga jalan tar. Walaubagaimana kemas pun rekaan engineer civil, pasti jalan itu akan mudah rosak dan tidak sempurna. Itulah semua ciptaan manusia.
Lain pula dengan ciptaan ALLAH Taala. Jauh dari kecacatan. Justeru itu saya sangat berbangga kerana dikurniakan Iman dan Islam di dalam diri. Yakin bahawa ALLAH jualah yang selayaknya disembah. Buat rakan-rakan yang mendalami bidang perubatan. Dalamilah bidang anda itu sehingga anda menemui Rabb. Perubatan berkaitan dengan manusia. Manusia adalah hamba. Hamba yang sedar diri pasti mengenali Tuhannya. Begitu juga bidang-bidang yang lain. Seperti saya engineer pasti juga saya akan berusaha mencari Tuhan dalam bidang saya ini. Sesungguhnya agama Islam itu lengkap. Dalam Al-Quran juga terdapat ayat-ayat yang berkaitan kejuruteraan. Cuma nak tak nak je nak kaji.
Akhir kalam, semoga berjaya dunia dan akhirat. Wassalamualaikum

Sunday, May 2, 2010
[Bukan Entry Ilmiah] Luahan Hati....
Assalamualaikum....
Mungkin tulisan ini luahan hati diri saya. Mungkin secara zahirnya seolah-olah seperti luahan kosong. Sarat dengan emosi. Namun, saya tetap mahu menulis. Tetap mahu luahkan apa yang sudah lama terbuku di dalam hati ini. Semoga tulisan ini terselit sedikit hikmah buat para pembaca walaupun secara zahirnya tulisan ini lebih ke arah emosional seorang remaja.
Bermula dengan kisah bilamana saya dan rakan sekuliah pergi ke Mahkota Parade, Melaka. Ramai sangat orangnya. Kebetulan hari tersebut adalah hari Ahad. Hujung minggu memang begitu. Mata saya bosan dan menyampah melihat gelagat anak muda belia berpakaian pelik-pelik. Saya kira umur mereka lebih kurang baya saya sahaja. Awal 20-an. Mereka saya lagi tua atau mereka lagi tua. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Pakaian mengalahkan artis barat. Ada lelaki yang memakai baju ala-ala skinhead. Budak punk pun ada. Yang perempuan pula pakaian seksi habis. Bikin tangkap leleh bagi lelaki yang tak menjaga mata. Menambahkan dosa saya saja yang sememangnya sudah banyak dosa ini. Tapi sesungguhnya saya benci melihat itu semua. Selemah-lemah iman, hanya mampu menanam sifat benci sahaja dalam diri. Itulah diri saya. SELEMAH-LEMAH IMAN.
Ramai juga pasangan yang berkepit macam sudah bernikah. Barangkali ada yang sudah berkahwin namun belum bernikah. Kawwin bukannya kahwin. Kalau dalam bahasa arab, KAWWIN ertinya ‘cantum; lekat; rapat’.....macam mereka la...dah kawwin = berkepit ke hulu ke hilir. Berpegangan tangan. “Aduhai si lelaki. Anak sapa la yang engkau pegang tuh. Dah mintak izin mak bapak dia ka?? Alahai si perempuan. Yang engkau relakan si lelaki pegang engkau tuh apahal?? Diorang suami engkau ke?”. Luahan hati tanpa suara saya. Geram, sedih, kecewa, hampa, menyesal dan macam-macam lagi timbul dalam diri ini. Kerana apa?....kerana itulah. Maksiat di depan mata.Dah ler anak Melayu Islam pulak tuh. Saya bukanlah ‘malaikat’ yang tidak pernah buat dosa. Tapi saya mungkin golongan orang berdosa yang dah bosan dengan dosa-dosa lampau. Namun saya still manusia. Tetap melakukan kesalahan. Kesalahan yang membawa kepada dosa. Tapi tak salah rasanya saya nak benci perbuatan dosa itu walaupun mungkin saya juga pernah melakukannya. Salah kah saya inginkan agar mereka,kalian dan saya sama-sama bertaubat. Langsung tiada salahnya mengajak kearah kebaikan.
Saya tengok bukan main remaja belia ni. Dating, pegang tangan, peluk dan macam-macam. Ishk. Buat depan orang ramai malu ke tak saya pun tak tahu. Tapi saya faham. Akhir zaman. Tapi bukan bermaksud tiket untuk melakukan maksiat. Dalam hati kecil saya berdoa agar ALLAH TAALA berikan kesedaran kepada mereka. Ikutlah bagaimana cara sekalipun. ALLAH lebih tahu bagaimana DIA mahu handle hamba-hambaNYA. Hanya yang mampu saya buat adalah berdoa sahaja. Siapalah saya ni kan?
(Orang Mukmin tidak akan disengat dua kali dari lubang yang sama -Hadis Riwayat Muslim-)
(Sebaik-baik manusia yang berdosa adalah mereka yang bertaubat -Hadis-)
Ingin juga la saya sentuh tentang cinta. Cinta muda-mudi sekarang ini seakan murah sekali. Apa ingat cinta itu pampers pakai buang? Time elok, seronok, bersih guna la. Dah ada najis, dah kotor, mula la buang. Apa ingat cinta ni macam baju? Boleh tukar-tukar. Hari ni baju lain, esok pula baju lain (Ibarat remaja sekarang. Tukar pasangan. Tukar boyfriend la. Tukar Gurlfren la. Ntah pape). Maaf saya agar tak berhikmah ketika menulis ini. Saya sedar seorang Daie itu perlulah senantiasa rasional. Ampuni dosaku Ya RABB. Amin.
Mesti banyak duit habis sekali keluar dating. Orang bandar ni suka sangat shopping. Beli yang tidak sepatutnya. Kalau barang makanan, saya tak heran la kerana saya sendiri kuat makan. Tapi dah turun berat sekarang. Selera tak berapa nak ada kot. Kesihatan saya pun tak berapa okay. Tapi still mampu solat 5 waktu penuh secara berdiri. Dan sedikit amalan lain. ALHAMDULILLAH.
Terdetik juga saya fikirkan buat ciri-ciri isteri idaman saya. Saya nak orang kampung je kot. Yang bukan materialistik. Yang tau membeli mengikut keperluan. Namun 4 ciri utama yang Rasulullah Sallallahu A’alaihi Wasallam gariskan itu paling utama. Ciri saya nyatakan tuh sebagai tambahan jer. Dapat yang aktif dalam dakwah memang best la. Calon yang saya idamkan dah ada, tapi hold dulu. Saya bukan nak nikah sekarang. Tak mampu pun lagi. Tunggu dah bersedia nanti saya cari calon saya tu nanti. Semuanya dengan izin ALLAH TAALA belaka.Kalau ALLAH x izin nak buat macamana kan? Hati ini ALLAH punya. Serahkan segala-galanya pada ALLAH. Kebetulan saya baru membaca novel jiwang tapi Islamik. So saya rasa nak juga la paparkan di sini. Puisi barangkali. Tapi memang bermakna. Bacalah di bawah ini. Keluhan, harapan serta doa. Amin.
Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
COPY PASTE from Novel ‘SEINDAH MAWAR BERDURI’
Nama Pengarang : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Akhir kalam, Wassalamualaikum.

Subscribe to:
Posts (Atom)