Wednesday, February 24, 2010

Sesiapapun pasti tidak boleh lari.....


Permulaan penulisan saya kali ini akan menyentuh hal-hal kita sebagai umat ISLAM yang melafazkan syahadah mengakui bahawa ALLAH TUHAN YANG MAHA AGUNG dan Nabi MUHAMMAD Pesuruh ALLAH. Bagi mereka yang berminat, sila teruskan pembacaan anda. Dan bagi yang tidak minat tidak mengapa. Ini sekadar coretan tinta saya yang semakin suam-suam kebasahannya dek kerana kesibukan barangkali.

Teruskan membaca. Sesiapapun baik si Pemimpin Negara, baik si Rakyat Jelata mahupun Pelancong yang beragama ISLAM tidak boleh lari dari medan perjuangan yakni DAKWAH. Tidak boleh lari walaupun di mana jua anda berada. Bilamana kita mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku "AKU SEORANG MUSLIM" tidak boleh lari dari urusan dakwah kita. Usah bicara, "Aku tak punya ilmu untuk berdakwah". Usah juga bicara, "Aku belum layak kerana aku seorang yang JAHAT serta PEMBUAT DOSA".

Kalian harus yakin pada Hadis NABI SALLALLAHU A'LAIHI WASALLAM yang berbunyi,
"MAN QO LA,LA ILAHA ILLALLAH, FA HUWA DAI'E" yang bermaksud "BARANGSIAPA YANG MENGUCAPKAN KALIMAH SYAHADAH (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH >> MUSLIM), MAKA DIA ADALAH PENDAKWAH"

Saya mungkin bukan ahlinya untuk menerangkan akan status hadis tersebut apatah lagi untuk menerangkan tentang hadis tersebut lagi la tak layak. Tapi untuk pengetahuan hadis itu Shahih dan boleh dibuat HUJAH. Maka berpeganglah pada hadis itu.

Menyentuh topik Dakwah. Sekali lagi saya amatlah berasa rendah diri dan terhina kerana saya juga bukan orang yang layak membicarakan hal ini. Namun, pada hemat saya memberi pandangan tidak salah. Dakwah di Malaysia sebenarnya belum terlaksana secara umum. Walaupun media ada menyediakan FORUM AGAMA seperti HALAQAH dan HAL EHWAL ISLAM, namun belum cukup kerana hiburan pada media itu lebih menarik minat dan mengelirukan masyarakat ISLAM serta bukan ISLAM. (saya tak mahu cakap lebih-lebih berkenaan ini)

Juga berkaitan isu DAKWAH. Kepelbagaian Jemaah yang seharusnya menjadi Raja Penyumbang utama kepada urusan Dakwah tidak terlaksana dek kerana ahlinya yang agak rigid serta taasub tidak kena pada tempat. Kelesuan dakwah mungkin sedikit sebanyak ada kaitan dengan sikap taasub ahli ini menyebabkan dakwah itu nampak sempit. (Terasa tak layak pula cakap soal dakwah ini).

Dakwah ruangnya luas sekali. Andai orang yang ingin didakwah itu seorang yang 'ROCK' serta 'BRUTAL', adakah sesuai si pendakwah menonjolkan imej wara' yang memakai serban bagi lelaki dan bertudung labuh bagi perempuan dengan mengajak terus untuk bertaubat secara drastik. Mungkin bagi saya bukan itu caranya. Mereka akan rasa janggal kerana pendamping mereka memakai pakaian yang wara' tidak seperti mereka. Sedikit sebanyak mereka akan teras terhina dan terus menjauhi si pendakwah itu.(Boleh jadi pendapat ini kurang tepat). Bagi si kecil yang baru lahir, apabila sampai masanya dia perlu diajar merangkak selepas itu bertatih dan mula berjalan. Maka didikan selepas itu pasti berlari. Dakwah perlu berperingkat. Bukan drastik. Kerana 'kejutan' boleh menyebabkan seseorang berubah dengan cepat dan kembali pada sifat asal juga dengan cepat. (Perbanyakkan berdoa)

Dakwah itu susah. Ibarat menggenggam bara api. Dipegang tangan kita pasti akan sakit. Dilepaskan pasti bara itu akan padan. Itulah kata-kata hikmah yang biasa kita dengar. Selaku seorang Muslim, kita bertanggungjawab untuk berdakwah. Tak boleh memberi alasan kerana tiada ilmu kerana cara mengatasinya kita WAJIB BELAJAR ILMU. Tidak boleh juga mengatakan kita ini tak layak kerana perangai jahat dan sebagainya kerana solusinya kita WAJIB BERUBAH. Semuanya bermula pada kita. Saya juga sama saja. Tak boleh banyak bercakap, memberi komen, dan memberi pendapat tapi satu apa pun tak buat. Pesan Ustaz Syamsuri Ahmad (Pendakwah bebas); "Islam tidak memerlukan ramai orang untuk bercakap, sebaliknya memerlukan lebih ramai orang untuk bertindak".

Sekadar itu sahaja perkongsian ilmu yang sangat cetek. Semoga mendapat manfaat bersama. AMIN.

1 comment:

  1. Ameen Ya Rob..kupasan yang cukup menarik walaupun input tak banyak dikeluarkan dan dikupas..coretan ini la yg ditunggu2..

    Dakwah mmg susah..mmg susah..tgok Rasulullah (pbuh) berdakwah pun kita boleh agak n tau yang sememangnya sunnah berdakwah itu susah..Kalo nk kata dakwah tu senang, there might b something wrong somewhere..tapi yang pasti dakwah tu susah..

    Point yg sy nk utarakan, keje dakwah kat Msia ni mmg tak begitu menyeluruh..ramai yg fhm akan KEWAJIPAN berdakwah namun yg mencintai dakwah bape kerat???rasenya boleh dibilang dgn jari..sgt berbeza org yg berdkwah kerana tgungjawab dan org yg MENCINTAI dakwah..btol x?

    Erm...sy tak phm sebenarnya apa yg sudara cuba utarakan dgn TAASUB..mintak untuk diluas dgn lbh detail

    Dakwah mmg kene dgn peringkat..adaptation org bbeza..penerimaan org terhadap ssuatu perkara pun berbza..yg penting skangni, blaja la cara nk bedakwah..

    Sy sarankan baca buku 'Bagaimana Menyentuh Hati' karangan Abbas As-Siisiy..KIAT2 MEMIKAT OBJEK DAKWAH..moga bermanfaat..

    Wallahu'alam

    ReplyDelete