Wednesday, January 27, 2010

[MASA ITU BERLIAN YANG DIABAIKAN]


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


1. Demi Masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

[Surat Al 'Ashr-103]

Begitu dalam maksud Surah Al 'Ashr ini jika kalian merujuk kepada Tafsir. Tak kiralah apa jenis tafsir sekalipun. Yang pasti, penjelasan mengenai surah ini sangat jelas di mana ALLAH TAALA sendiri bersumpah demi masa.

Kita boleh lihat keadaan sekarang masyarakat kita kurang menghargai masa. Saya pun tidak terkecuali. Selaku seorang mahasiswa yang kini mendalami jurusan kejuruteraan mekanikal, tidak dinafikan masa yang diperuntukkan seolah-olah tidak mencukupi. Tapi benarkah masa tak cukup? ALLAH TAALA kurniakan masa untuk setiap hambanya 24jam satu hari. Mana mungkin masa tak cukup sedangkan ALLAH TAALA bersifat MAHA MENGETAHUI akan setiap sesuai. ALLAH TAALA tahu apa yang diperlukan oleh hambaNYA. Maka diberikan kepada setiap hambaNYA 24jam sehari. Tak cukup lagi ke?

Sebenarnya tujuan saya menulis entri kali ini bukanlah nak perli siapa-siapa. Tapi sebaliknya sebagai koreksi serta muhasabah diri sendiri. Dan secara tak langsung, mudah-mudahan ALLAH TAALA memberi sedikit kesedaran kepada seluruh pembaca untuk berubah menjadi seorang yang lebih menghargai masa.

Alangkah ruginya saya apabila saya terkenang masa sekolah dahulu. Masa banyak dihabiskan dengan tidur,melepak dan bermain. Tidak sekali-kali saya berniat untuk mempertikaikan takdir yang berlaku tetapi sakadar muhasabah diri sepertimana yang telah saya perkatakan tadi.

Saya teringat seorang kawan saya berkata,"Aku rasa life aku kat kisas dulu bosan. Takde pengalaman menarik untuk dikenang". Maka saya bertanya kepada beliau, "Kenapa kau cakap macamtu? Kau dapat fly pergi US kan best, mesti teringat kenangan manis macamana kau study kat KISAS dulu". Beliau pun sambung lagi, "Aku xde apa yang boleh diingati melainkan aku banyak tidur. Tak terlibat banyak sangat dengan perkara yang berlaku di sekeliling".

Saya akui apa yang dikatakan oleh kawan saya itu benar. Banyak tidur. Rugi rasanya tak 'involve' banyak perkara. Dan tambahan gurauan daripada beliau, beliau mengatakan bahawa tidur ini pendek umur kerana masa hidup kita (24 jam) di isi dengan tidur (mati kecil). Haha. Agak lucu nada gurauan itu.

Kembali fokus kepada tujuan entri ini ditulis (Muhasabah). Saya mula terfikir sekiranya setiap mahasiswa terutama Melayu kalau gunakan masa sebaiknya, pasti cemerlang. Saya kuat mengatakan bahawa mahasiswa Melayu Islam lagi pandai serta cerdik berbanding mahasiswa bukan Islam. Kerana apa? Kerana kita ada ALLAH TAALA dan senjata terkuat kita adalah doa. Tapi sebelum mengharapkan doa, usaha perlu didahulukan. Justeru itu, nak taknak kena la berubah attitude diri masing-masing.

MUDAH-MUDAHAN TULISAN INI MENJADI SAKSI DAN MEMBERI KESAN AGAR SAYA SERTA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN MENJADI LEBIH MENGHARGAI MASA. AMIN. WALLAHU A'LAM

No comments:

Post a Comment