Wednesday, August 12, 2009

Kenapa wanita menangis?

Kenapa wanita menangis???
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita"
, kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan"
, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu?kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempatdimana cinta itu ada."

Ucapan ini kutujukan buat wanita-wanita yang sedang membaca entri ini.

*Peliharalah harga diri kalian kerana sesungguhnya kalian sangat mulia. Jika Baginda Nabi masih hidup, pasti baginda akan sedih kerana umatnya kini menzalimi wanita. Sedangkan dahulunya Nabi sangat memuliakan wanita. Kalaupun kalian ingin mengejar cinta, sedarlah bahawa cinta itu MAHAL. Jangan sesekali memurahkan cinta itu. Ingatlah,Nabi pernah bersabda bahawa wanita ini sangat mudah untuk memasuki syurga tapi sayang kerana ramai wanita menghuni neraka kerana tidak menjaga diri. Ku meluahkan rasa berdasarkan kesilapanku yang turut pernah menzalimi wanita. Semoga aku menjadi insan yang bertaubat.AMIN*

3 comments:

  1. assalamualaikum..
    semoga apa yg telah berlaku menjadi titik tolak untuk menjadi yang TERBAIK atas muka bumi Allah..
    jdkan kesilapan smlm sbgai pengajaran dan panduan hidup.jgn biar ia berulang kembali jikalau saudara tidak mahu merasai kesakitan buat kali kedua.

    ReplyDelete
  2. salam..br smpat nk baca post nie.

    nice sharing..=)
    tersentak~

    moge ramai lagi lelaki dan wanita turut sma2 berada dlm jalanNya.insyaAllah..aamiin

    ReplyDelete
  3. firman Allah tentang penciptaan wanita di atas merujuk quran surat apa dan ayat berapa? saya ingin menyampaikan pd teman2 dan mengecek langsung ke sumbernya.. makasih..

    ReplyDelete