Sunday, November 29, 2009

KHABAR BERITA

Assalamualaikum...bersua kembali...

Membara semangat aku sejak kepulanganku daripada mengikuti satu konvensyen pendakwah muda peringkat kebangsaan yang bertempat di USIM....tahniah bagi mereka yg menjayakan konvensyen tersebut.

Kalian boleh merujuk ke blog ini
kalau berani klik!

Ingin ku kongsikan pada kalian semua semasa ku menghadiri konvensyen ini...ada satu slot bersama bro shah kirit kalkulal govindji....tajuk yg disampaikan berkaitan "Bahaya Ancaman Missionary Kristian"

Yeah~...mmg tidak dinafikan bahawa slot ni la antara slot terbaik dalam banyak2 slot (bukan kata slot lain x baik yer....cumer nih kot yg terbest~)

Kami didedahkan dengan soalan2 yg sering ditanya oleh golongan missionary kristian yg bertungkus lumus ingin memurtadkan umat Islam....sememangnya sasaran mereka lebih kepada golongan muda belia sperti kita...

Alhamdulillah dgn pendedahan yg diberikan...ALLAH menganugerahkan semangat kpd ku agar lebih mencintai Agama Suci ISLAM nih......Syukur Alhamdulillah...
Thanks bro Shah kirit di atas perkongsian ilmu anda itu...


Inilah dia bro Shah Kirit Kalkulal GOvindji

Monday, November 16, 2009

Akhirnya ku menamatkan satu musim yg sgt derita jiwa dan nurani qalbu...

Assalamualaikum..

tajuk yg sgt pelik bukan?...ini mungkin luahan dr hati ke blog (hehe)...utk bcaan umum agar tak lakukan kesilapan bodoh yg sama sperti diriku ini...

nape ek?....sgalanya bermula dn berakhir pada musim ini (sem ini)....pertengahan sem ku ada sedikit pertelagahan dgn seorg sahabat seakidah,seangkatan dan seperjuangan dlm medan dakwah...tp oleh kerana sahabat itu senior...maka sudah barangpasti ku mengalah dengan penuh kekecewaan (seperti ingin gugur di medan juang sbelum berjuang)....

namun hal tersebut x berakhir hanya di situ...kekecewaan ku terus berlanjutan dgn kesilapan bodoh ku mengikut hawa nafsu ku...sudah barangpasti x syar'ie tindakan ku itu...darah muda..ingin mencuba sgala2nya...maka 'insiden' itu pon berlaku...

selepas 'insiden' itu berlaku...ujian ALLAH dtg bertalu-talu....ada seorg hamba ALLAH x berpuas hati dgn ku...hurm, salah sape pon xpasti...yg pasti ade sedikit salah faham....akhirnya semua yg terlibat sewajarnya bertanggungjwb dan perlu dipersalahkan....

ku still terumbang-ambing dgn kecelaruan dan kekecewaan selama berbaki-baki hari di dalam sem ini....sumer benda ku cuba...sumer benda ku ambil tahu n banyak yg ku semakin mahir (benda x elok pon nk mhir...gilo ko?)...

member sekelas ada yg mensaihatiku agar ku tidak mcm ni lagi...ku pd asalnya boleh dikatakn baik la...tp insiden tuh merobek kebaikanku....dan seluruh ilmu ku tidak mampu mengawal tindakan gilaku itu..(mgkin ilmu sgt cetek..dan sememangnya mmg sgt cetek)....

selepas berlaku bnyk perbincangan..ku terbuka hati smula utk berubah....di atas nasihat2 dr shbt matrikulasi ku dulu...mmbr2 skolah..now ku kembali sedar....perjuangan mmg perlu diuji utk tahu cmner diri kite...bek kita dibalas di dunia drpd dibalas di akhirat.....

insan yg x puas hati ngn ku dulu pon da ok ngan ku...settle dgn cara baik,ALHAMDULILLAH...org yg ku buat salah sume ku pohon maaf...sahabat seperjuangan ku dulu pon dah brbaik smula...dan sem ini pun sudah berakhir...

ku berjanji dgn nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, bahawa hal seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini...ku kan truskan perjuangan dan matlamat ku hidup di atas bumi ALLAH ini sblum tiba masa bertemu-NYA

Wallahu a'lam

Thursday, November 12, 2009

RINDU....

YEARN SOMEBODY........

Aku sngat teringat pada seseorang insan bergelar SAHABAT....dahulunya kami selalu berhubung...now jarang dah...masing2 ade tanggungjawab masing2..iaitu belajar...lain bidang dan berbeza tempat serta mehnah tribulasi...

sahabat ini sering menasihatiku ketika mana aku terlupa dan terlalai....walaupun dia skrg jauh di mata...tp mmg tringat sgt kat dia....haha, mcm gosip plak kan? ni bukan soal gosip ke ape..tp sememangnya dia nih layak bergelar sahabat..ok la tuh,sesungguhnya ku msih lelaki yg normal!..

bermula dr kwn biasa....then kawan baik...now sahabat la selayaknya utk dia...aku malas dia suh rajin...tp ku dah membuat sumthing yg kalo dia tahu sah dia bengang kat aku..haha..maaf sahabat, ku mmg x betul sket....mudah2an doa kamu tuh dpt memberi kekuatan agar ku kembali ke jalan lurus...ku yakin dan percaya, kamu selalu doakan ku kerana ku jua mendoakanmu...

YEARN MY ALMA MATER

ku rindu skolah menangah mula2 ku dulu...alamat pon ku apal lagi tau...ni alamatnya:-

SMU(A) MAAHAD MUHAMMADI LELAKI,
JALAN PENGKALAN CHEPA,
15400 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM


rindu jgk skolah ku yg jgk tidak kurg bestnya tp ku kne banned sket :-

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH,
PETI SURAT 64, JALAN KOTA RAJA,
41906, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN


pastuh matrikulasi yg sgt sibuk itu...ditambah dgn konflik2 yg berlaku..best gak :-

KOLEJ MATRIKULASI PERAK,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
31600, GOPENG, PERAK DARUL RIDZUAN


now ku kat melaka...nak gak la tulis address....:-

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
KARUNG BERKUNCI NO. 1725 PEJABAT POS DURIAN TUNGGAL,
76109, DURIAN TUNGGAL, MELAKA BANDAR BERSEJARAH


tp sbb ku skrg msih blaja kat UTeM...so tajuk post nih RINDU x bape sesuai la ngn utem..hahaha


YEARN MY TEACHERS/LECTURERS


cikgu kt skola...lecturer kat mtrx ke..UTeM ke..sume la aku rindu gaban...hukhuk...smoga aku menjadi anak didik mereka yg berjaya dunia..berjaya akhirat..amin

Sunday, November 8, 2009

secoret muhasabah~

Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan


Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...


Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Wanita solehah.

Wanita Solehah Idaman Mujahid

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah..."

bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam.

Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya"

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.."

"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini,

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
(An Nisaa' : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

PETIKAN DARI CD CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS(PENCERAMAH BEBAS) :

Antara ciri Isteri Solehah :

-Jaga hubungan dengan Allah S.W.T
-Taati suami selagi perintah suami tidak melanggari syarak
- Tidak menyatakan apa yang suami tidak suka
-Mendahulukan suami dalam percakapan
-Elak bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati suami
-Ingat dan tunaikan apa janji pada suami
-Memanggil suami dengan panggilan yang suami suka
-Membela suami apabila suami dihina
-Minta izin suami dahulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara
-Tidak berkata-kata suatu yang buruk di belakang suami
-Laksanakan tanggungjawab sebaiknya terhadap suami

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

KHAS BUAT PASANGAN

Wahai insan bernama lelaki dan wanita, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran