Thursday, May 28, 2009

SAJAK BUAT PENGAJARAN

ku mengaku
konon aku seorang hamba
sahayaNYA YANG MAHA ESA
lalu ku khianati harta amanahNYA
lalu ku cemarkan mataNYA dengan jijikan dunia
lalu ku busukkan hatiNYA dengan kotoran hasad
lalu ku renyukkan mulutNYA dengan cacian fasad
lalu ku pohon ampun semula
lalu ku khianati semula

ku bersaksi
konon aku seorang kekasihNYA
kekasih yang cinta mencintai melebihi segala
kasihku kucurangi dengan cinta dunia
kasihku kasih talam dua muka
kasihku kasih dalam angan
kasihku bertepuk sebelah tangan
lalu ku pohon ampun
lalu ku khianati semula

ku pernah menangis menghadapMU
kemudian ketawa semula

ku pernah tersungkur sujud padaMU
kemudian mendabik dada semula

ku sering berjanji padaMU
sering jua memungkiri

ku memuji keindahan alamMU
tidak pula ku bertafakur

bilakah diri ini kan kembali
kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat
petang ku alpa
malam ku derita

TUHANKU AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU
TUHANKU MAAFKANLAH KEJAHILAN HAMBAMU INI

OH TUHANKU KAU PIMPINLAH DIRI INI
YANG MENDAMBAKAN CINTA-MU
YANG MENAGIH RINDU-MU
YANG MENCARI REDHA-MU
YANG KEPINGIN RAHMAT-MU
YANG SEPI DARI KASIH-MU
YANG LARA DARI SAYANG-MU

YANG KEPENGENAN
MENJADI HAMBAMU YANG SEJATI
MENJADI KASIHMU YANG SETIA

p/s : ku copy and edit daripada insan yang tujukan puisi ini untuk dirinya dan umat manusia seluruhnya yang berpenyakit di hati termasuklah aku.

Saturday, May 23, 2009

Isu Kepelbagaian Jemaah : Aku fikir.....

Dengan ucapan pembukaan Salamullahu a’laikum....

Mungkin aku bukan la org yang terbaik utk memperbincangkan hal-hal kepelbagaian jemaah ini. Almaklumlah ku ni skadar remaja belia yang masih mentah dlm dunia dakwah....begitu juga aku sgt junior dlm isu jemaah ini. Tapi tidak salah rasanya utk aku juga mengutarakan pendapat dan hujah-hujahku tersendiri. Teruskan membaca sekiranya sudi.

Sebelum itu, suka utk aku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman ku didedahkan dengan jemaah ini. Maafkan ku...bukan utk berbangga diri, tp sekdr memberitahu bhw aku telah didedahkan isu jemaah ini sejak di bangku sekolah menengah lg..sudah hampir sedekad (walaupun belum sedekad lg..) . tp ketika mula-mula dahulu aku mengenali PKPIM (persatuan kebangsaan pelajar islam malaysia). Sudah tentu jemaah yang berkaitan adalah ABIM (angkatan belia islam malaysia) kerana PKPIM adalah pelapis ABIM....(tmbh2 plak my mum n dad org senior abim)...n aku plak dulu skolah agama da ade usrah-usrah....

Bukan la aku nak promote ABIM di sini...xde istilah promote jemaah dlm kepala otak aku..yg pentingnya ISLAM perlu dipromosikan...ok, truskan crita slps aku knal apa itu jemaah...aku sgt bersyukur geng PKPIM ini dedahkan kpdku kerja-kerja dakwah berjemaah...n aku juga tau sejarah bermulanya jemaah menapak di Malaysia...di mana bermula dgn ABIM, sehinggalah isu Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk UMNO, maka wujudlah JIM (jemaah islah malaysia), HALUAN (abim perlis), dan lain-lain...(aku x berminat utk mengulas akan hal itu)

Seterusnya pimpinan ABIM ketika itu telah mengisi kerusi-kerusi pimpinan PAS (parti islam seMalaysia)...(ini juga aku x mau ulas panjang)...Cuma aku nampak di situ perjuangan PAS sbagai satu wadah jemaah yang berperanan dlm melibatkan perjuangan dengan dunia politik yang haru-biru itu. Nampak di sini PAS lg menghampiri kesempurnaan dengan terlibat dgn politik berbanding jemaah yg lain...yang hanya sekadar NGO...tp x pe, peranan setiap jemaah ada utk hal-hal tertentu...seperti JIM lebih ke arah golongan Profesional...bagus tuh...ABIM dlm bentuk belia dan ekonomis...bagus gak...ISMA pun remaja belia juga....Tabligh lebih kpd dakwah face to face...bgus jgk...semua bagus...dan lain-lain jemaah slagi mana x keluar dr landasan Syariat ALLAH, NA’UZUBILLAHI MIN DZALIK...

Aku pnh dgr bahawa Ulama’ khilaf mengatakan boleh dan tidak boleh kepelbagaian pendapat ni...Boleh; hujahnya agar saling melengkapi...Tak Boleh; sbb akan menimbulkan pergaduhan...namun kata Syed Qutb dalam satu buku karangan beliau....isu saling melengkapi ni sbnrnya x berlaku...sbb lebih nmpk kpd urusan dakwah sendiri-sendiri...tp beliau menambah...kerana HUSNUZON, beliau tetap berkata kepelbagaian jemaah ini dibolehkan.....

Point sebenar yang aku jd pelik adalah.....sebanyak-banyaknya jemaah ISLAM di Malaysia yang sedia ada, knapa jemaah ISLAM INDONESIA juga menjadi pilihan di hati??? Persoalan ini ade juga ku tny kepada seorg ahlinya...Beliau menjawab, kerana jemaah yg sedia ada ni lemah dr sudut tarbiyah...hurm, aku setuju...bila beliau membandingkan PAS dengan PKS (partai keadilan sejahtera)...tau ke sbb pe?? Ahli PKS semuanya secara perkaderan....ditapis-tapis sedangkan PAS ade ahlinya skdr isi borang...kan di situ dah berbeza dr segi tahap keahlian...(tak salah pun join jemaah Indonesia...aku x kata salah ok....yang penting bawa ISLAM..)

Ku x kata PAS syumul...PKS pun x syumul...HT (hizbur tahrir) pun xsyumul...ABIM x syumul, JIM pun xsyumul...ISMA pun x syumul..hatta Ikhwanul Muslimin di Mesir pun x syumul...tau hujahnya apa?? Syumul itu sifat ISLAM...jemaah hanya proksi...kok-kok mane pun jemaah ttp ade kelemahan...tidak sesuai guna perkataan SYUMUL yang hanya layak utk ISLAM...ISLAM xde kurg pon walaupun sket...so aku berani kata jemaah x syumul...x kamil...x sempurna...tp kita perlu crik jemaah yang menghampiri kesempurnaan...itu semua terpulang kpd anda semua nak crk jemaah lgu mana..sesuai dgn kondisi anda...

Berbalik kepada pertanyaan ku kpd seorg ahli jemaah dr Indonesia itu..aku tny jemaah tuh ade ke join siasah? Beliau jwb, jemaah tersebut tidak tolak politik...mereka turut mengundi....hanya sekarang mereka tidak bertanding kerana perlu kuatkan dan kukuhkan tapak...hurm, hujah itu baik..tapi aku terfikir platform utk menjalankan ISLAM dlm bentuk jemaah + politik bukannya xde?? PAS kan ade...PAS dah diterima oleh sebahagian rakyat...yang perlunya sedikit pemurniaan dlm PAS...mungkin perlu dikuatkan dr sudut tarbiyah dan percambahkan ilmu di kalangan ahli mereka. Sedangkan kalau PKS nak bertanding di Malaysia kne start dr bawah...bermula dgn meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari...sedangkan musuh-musuh ISLAM yg mmpu membawa ancaman dlm politik ini sudah berlari dgn menggunakan kelajuan gear 5...sempatke nk kejar??

Ok, aku bukan nak wat provokasi atau mengata + mengutuk sape-sape....aku bukan ahli PAS nak angkat-angkat PAS...aku bukan ahli ABIM (xlayak pun lg...x cukup umur)...aku bukan JIM...bukan HT, dan semestinya bukan PKS...lain-lain pun bukan...(tp taknak org kata aku tolak jemaah plak nnt...ok aku jwb...wat mse ni aku wala’ pd 1 jemaah...namun sbagai ahli yg berdftr...aku belum...case closed). Ulasan tntg HT...x setuju dgn demokrasi?..hurm...mungkin di negara JORDAN tmpt tertubuhnya jemaah HT nih sesuai dgn usaha menolak demokrasi...tp bukan di MALAYSIA pada hematku....Malaysia blum tahap utk BERPERANG jika ingin berkuasa...itu tidak sesuai di Malaysia..namun HT aku sgt puji tntg kesungguhan mereka nak kan daulah Islamiyah..nmpk sudah matlamat perjuangan....tp cr itu kalau boleh disesuaikan dgn waqi’ Malaysia lg cun...

PKS pun dr sudut tarbiyah bagus...cantik sungguh dr segi AMALAN...tp sedar atau tidak...pimpinan PKS di Indonesia sendiri x akui adanya PKS di Malaysia?? Ape kes??...yang nih kaji la sendiri...yang ade pun usrah-usrah anak-anak ahli PKS yang belajar di MALAYSIA...tp mereka berusrah sesama mereka sendiri..xde plak ajak org MALAYSIA suh tubuhkan PKS...hurm...maafkan ku kalau ayat agak keras...cme apa yg penting...bukanlah jemaah itu....yang penting usaha nak perjuangkan ISLAM...kelak ALLAH x kan tanya kita “JEMAAH APA YANG KAU IKUT?”...soklan tuh xtny pun...hatta kalau x join jemaah pun xkan dipersoalkan...Cuma..dlm dunia dakwah skrg...mampu ke kita nak jd Hero berjuang sorg-sorg tanpa jemaah?? Lu pikir la sndr...ku malas hujah panjang-panjang kerana ini pun da cukup panjang....sedikit peringatan...dalam apa jua tindakan kita..letakkan KEIKHLASAN nombor satu...

InsyaALLAH xde lg isu jemaah nih mengata jemaah ni....kutuk sana, kutuk sini....semua itu x elok utk dunia dakwah...skrg bukanlah masa utk bergaduh....masa gaduh-gaduh nih da lepas...skrg smua skali perlu duduk skali...jalankan usaha-usaha dakwah mengikut acuan masing-masing...nape perlu bergaduh??....kalian bayangkan kalau Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam masih hidup..baginda melihat sesama umat ISLAM bergaduh hanya kerana perbezaan acuan jemaah masing-masing...pasti baginda kecewa...sia-sia saje kerja dakwah tu kan?? Semoga jadi i’tibar utk kita semua....Wallahu A’lam.

Perihal diri............

Dengan menyebut nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Aku memulakan tulisan sejak berkurun tidak menulis....kali ini aku ingin kongsikan satu hal berkenaan diri aku sendiri. Mungkin tulisan kali ini membosankan dan kerana itu aku tidak mengharapkan kalian meneruskan membaca entri ini. Tapi kalo mau baca sangat2 dialukan.

Sememangnya hidup ini telah ditetapkan terbaik untuk kita. Bermulanya sistem pembelajaran aku di sekolah rendah kebangsaan....iyah, aku sangat bersyukur menetap di Malaysia...dua sekolah aku belajar dulu...Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak sampai darjah 3 je..then pindah skolah Sekolah Kebangsaan Taman Selasih....kedua-duanya di Gombak...

Takdir yang ALLAH tetapkan memang terbaik...sape sangka aku yg asalnya di Gombak, Selangor ini boleh sambung belajar ke Kelantan...SMU (A) MAAHAD MUHAMMADI LILBANIN, KOTA BHARU....sekolah tuh memang best...ketika di sana la aku belajar menghafaz Al-Quran..tp sayang, x sempat habis menghafaz....then aku pindah pulak ke KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH...sekolah ini juga best la...pengalaman baru...

Asalnya aku sangat nakal kaw-kaw...haha..terkenang zaman sekolah rendah...masuk maahad lak, ‘my parents’ sgt bangga coz aku berubah jd baik sket...tp poyo tuh tetap ada....pastuh aku sambung blaja di KOLEJ MATRIKULASI PERAK....sgt beruntung sambung belajar di sana...dan kini aku student UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM).....

Mesti pelik napa aku tulis post nih??sebabnya aku tersentuh dek kata-kata seorang hamba ALLAH yg tegur perangai aku...yeah, aku tau perangai aku mmg kadang-kala menimbulkan spekulasi...tp dengan slumber je si hamba ALLAH tuh sound perangai aku ni dgn ayat mcm ni lebih kurg “Kalau kamu tak pindah dari MML (Maahad Muhammadi Lelaki), mesti x jadi mcm nih”....amboiii..!! panas giler aku dengar....abes bagi dia, aku jd student KISAS sia-sia???

Kalau aku x masuk kisas, mungkin aku x akan masuk matrix perak.....kalau x masuk matrx perak...mungkin bukan utem la tmpt aku blaja skrg...dan mungkin aku bukan diri ku yg skrg (xde ape-ape sgt, tp proud to be myself)..point yang aku nak garapkan di sini hanyalah menasihatkan semua org yg membaca post ni...apa-apa yg berlaku itu adalah ketetapan drpd ALLAH...jgn pertikaikan hal-hal yg lepas...mungkin sbagai pengajaran boleh la sebut-sebut....tp untuk ungkit janganla sesekali yer....ingat tuh....Kalian semua mengaji Al-Quran...perhatikan ayat Al-Quran ini..SURAH AL-BAQARAH AYAT 216 -“...BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU.....”
Wallahu a’lam...............................

Sunday, May 3, 2009

Perkara biasa..............

Kita sering terdengar ingatan yg terucap oleh org kebanyakan samada drpd seorg bapa kpd anaknya. Atau si sahabat kpd sahabat yg lain. pesanan yang bagaimana yg ku maksudkan??? Pesanan lebih kurg macamni “Jangan tinggal solat....”

Yes...mmg ku akui golongan muda belia kebelakangan ni ramai yg x jaga solat. Kawan-kawanku pun ramai x solat. Tegar plak tuh jenis-jenis yg x solat. Buat xtau jer hal solat nih..aku tegur depa wat bodo jer...tp utk entri kali ini aku nak buka minda semua yg membaca post ni..tepat ker kita ingatkan “Jangan tinggal solat....” semata-mata?

Aku lagi suka sekiranya ingatan itu berbentuk “Jangan lengahkan solat....” Yer, ku akui...benda yg paling penting jaga solat itu...seperti kebanyakan org ckp mcmni “Aku x kesah la jahat mcm mne sekalipun org tuh...janji org tuh x tinggal solat....” Hurm, mmg dlm hadith Nabi ada menyebut “PERKARA YANG MEMBEZAKAN KAFIR DGN UMAT ISLAM ADALAH TIDAK (MENINGGALKAN) SOLAT” –hadith sohih.

Daripada hadith tuh jelas bahawa org yg meninggalkan solat sama je statusnya dgn org kafir. Tp aku x bermaksud depa yg x solat tuh kafir. Cme ciri-ciri persamaan itu dah ada. Harap amik ibrah (pengajaran) drpd hadith tersebut. Berbalik pada point utama post kali ini, knapa kita sekadar menegur org atau mengingatkan seseorg utk solat semata-mata????tp sedangkan solatnya di akhir waktu. Sebagai contoh, ada la sorg tuh, dia solat zohor btul-btul dekat nk masuk asar...5 minit lg nak asar nih...br dia solat...mcm tuh jugk asarnya..jam 7 br solat asar..kalian bayangkan??

Bila ditgur asal la dia solat lewat-lewat cmtu sekali. Jawapan mudah....itu ok la drpd org x solat...wah-wah, sedap nya jawapan....cbe kalo tguran “Jangan lengahkan solat.....” kan di situ dah tersirat ingatan JANGAN TINGGALKAN SOLAT jgk..malah lagi advance! Jangan lengahkan solat lg tuh....itulah ucapan-ucapan biasa yang sering kita dengar...biasanya ibubapa la ckp cmtuh kpd anak-anak mereka...jangan tinggal solat.....

Solat jaga tp kurangnya waktu x jaga...last minit punya solat...haaa, itu semacam hal jgk...mana boleh cmtuh...so, kalian yg membaca renung-renungkan la...aku ckp nih pon utk ingatan diri sendiri gak...kadangkala kita ada urusan BELAJAR yg memaksa utk kita lewatkan sikit solat...itu bab lain pula...ni ku citer situasi xde kerja apa-apa yg mengganggu waktu solat kita...dan aku pun sedang proses ke arah menjaga waktu solat agar tidak lengahkannya...tp situasi yg ku konfius skrg...mana lg utama...SOLAT BERJEMAAH atau SOLAT DI AWAL WAKTU tp berseorgn..pertnyaan ni ku tujukan kpd golongan-golongan alim...ku tahu, dua-dua tuh penting...tp dalam situasi tertentu mana lg utama??? Soalan ini sama seperti persoalan antara BERDAKWAH dengan MENUNTUT ILMU mana lebih utama...(Jawapan bg soalan ilmu dan dakwah ini DR Yusuf Al-Qardhawi mengatakan menuntut ilmu lebih utama dlm kitab fiqh keutamaan...)

Namun utk soalan solat jemaah dgn solat di awal waktu mana lg utama???? Tolong jawab wahai golongan alim....ku x punyai jawapan yg tepat lagi...sekian terima kasih.

DIA dan HARAPAN...........

Dia dari dulu mengharap....
Akan menjadi pelajar contoh.....

Dia dari dahulu mengharap.....
Agar berpeluang belajar di sebuah institusi tahfiz.....

Dia dari dulu lagi mengharap....
Agar menjadi hafiz Al-Quran.....

Dia juga mengharap......
Akan menjadi seorang profesional yg amalkan hidup Islam....

Dia sememangnya mengharap......
Akan menjadi penegak Agama, Bangsa dan Negara......

Dia juga tidak lupa mengharap.....
Agar pasangan hidupnya kelak seorang Muslimah sejati....

Dia hanya sekadar berharap....
Sekiranya tanpa perubahan yang dilakukan....
Justeru itu,
DIA perlu berubah mulai sekarang.....
Tanpa berlengah atau membuang masa...
Semoga harapan DIA menjadi kenyataan...

Pengalaman menceritakan..........

Entri yang ku post ini barangkali akan menyentuh bab-bab sensitif sesetengah orang. Justeru itu, aku mohon ampun dan maaf siap-siap agar ku tak terlambat untuk pohon maaf selepas ini. Teruskan membaca sekiranya sudi.

Bila dibuat perbandingan melalui pengalaman (bukan pengalamanku...tp pengalaman seseorang), ku dapat buat satu konklusi beserta hujah berkenaan pimpinan yg dipimpin oleh bekas pelajar sekolah agama adalah lebih baik berbanding bukan bekas pelajar sekolah agama.

Aku akan nyatakan situasi yang boleh dijadikan hujah untuk sama-sama kita fikirkan. Tapi di sini bukanlah niat di hati aku mahu membanggakan bekas pelajar sekolah agama serta menjatuhkan bekas pelajar bukan aliran agama....tp sekadar berkongsi pengalaman seseorang.

Di suatu tempat, pernah sekali pimpinan badan agama telah dipimpin oleh bekas pelajar bukan drpd aliran agama. Maka berlaku la bermacam-macam hal. Jika si amir itu mahu menjadikan suasana “ISLAMIC” di tmpt tersebut....maka adakalanya ia terlampau berlebih (bukan semua org macam itu)...dlm erti kata lain over sgt siqahnya. Yeah, ku akui bahawa mahu membentuk suasana islamic serta berkeadaan siqah tp adakalanya cara si amir itu tidak bersesuaian. (tutup kes)

Di suatu tmpt juga, pimpinan satu persatuan Islam telah dipimpin oleh seorg drpd bekas pelajar bukan aliran agama. Hujah beliau memimpin, dikatakan bahawa “BUKAN PENTING LATAR BELAKANG, NAMUN YANG PENTING ADALAH ADA KEMAHUAN DAN SEMANGAT UNTUK BERJUANG” . Aku sangat setuju dgn jawapan beliau, namun aku tetap berpegang bahawa ‘background’ juga membawa peranan yang penting. Contoh, jika si amir itu tidak ada didikan agama ketika sekolahnya....mana mungkin dia dapat memimpin sebuah persatuan islam. Mahu mengharapkan teori yg dipelajari dari usrah dan terbiyah ketika tamrin? Juga tidak mencukupi... Berbeza sungguh ilmu yg dipelajari drpd seorg guru berbanding ilmu yg diperoleh dgn membaca semata-mata.

Ku bawakan contoh seorang yang menghafaz Al-Quran bersendirian, tanpa guru di sisi untuk menyemak samada betul atau salahkah bacaan org itu. Maka apabila seorg hamba ALLAH menjadi makmum kepada org yg menghafaz itu td, ternyata terdapat kesilapan dan kesalahan yang terang-terang boleh menyebabkan bacaan itu dianggap salah serta merta. Hal ini kerana menghafaz tanpa guru. Begitu juga jika berilmu tanpa guru.

Kita boleh menilai sendiri mengikut pendapat sendiri akan hal ini. Ini adalah pendapatku. Tp tidak bermaksud semua bekas pelajar aliran agama @ bekas pelajar sekolah agama adalah lebih baik drpd bukan aliran agama. Sebaliknya penghayatan terhadap ilmu itu juga perlu dititikberatkan. Ini adalah kesimpulan drpd pengalaman. Justeru itu, ku nasihatkan kpd pemimpin-pemimpin persatuan Islam, tuntutlah ilmu kamu berguru. Bagi pelajar sekolah agama, kamu pernah duduk dalam suasana biah solehah, maka kembalikan suasana itu bersama anak buah kamu. Bagi bukan pelajar aliran agama, barangkali kamu sekadar mempunyai teori tanpa praktikal....maka usahlah dijadikan sikap bekas pelajar sekolah agama itu sebagai contoh kamu. Kerana boleh jadi golongan sekolah agama ini jugalah membawa imej yg tidak baik kpd islam. Maka boleh la merujuk pimpinan alim ulama’.

Mungkin entri ini agak menggores hati. Tapi ianya sekadar pendapat ku berdasarkan pengalaman yg dialami serta pengalaman yang diceritakan. Tidak bermaksud untuk menjatuhkan mana-mana pihak sekalipun. Maka, jangan dilupa...ambillah pengajaran dan contoh drpd corak pimpinan Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.