Tuesday, June 22, 2010

[Copy and paste] Insan unggul.....



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya,
Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok,
Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian
pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."


~"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk
menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi
seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya
tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari,
demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya
dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah,
walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun
tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di
mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar
selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang,
walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap
suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali
kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling
menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar
keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap
seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan
sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

sumber asal

Monday, June 14, 2010

Nuang memang best~


Bismillahirrahmaanirrahiim....

Saya ingin bercerita tentang suatu pengalaman yang agak menyeronokkan tapi dalam masa yang sama saya menyimpan satu perasaan yang sangat tidak mampu digambarkan. Mungkin pembaca boleh fikirkan samada ianya benar atau rekaan saya semata-mata. Terpulang pada anda untuk meletakkan pendapat masing-masing.

Ini berkenaan pengalaman mendaki Gunung Nuang iaitu gunung yang tertinggi di Selangor bersama-sama sahabat daripada APIS (Alumni Pelajar Islam SBP) bertarikh 2 Jun yang lalu. Secara jujurnya, saya belum pernah sebelum ini mendaki gunung. Mana-mana gunung sekalipun. Kalau ada pun hanyalah Bukit Bakar di Machang, Kelantan. Bukit tersebut adalah bukit yang paling tinggi di Kelantan. Perjalanan untuk ke puncak bukit itu sejauh 3.45km. Berbanding dengan Gunung Nuang ini, perjalanan untuk tiba ke puncak adalah sejauh 10 km lebih (lebih panjang daripada jarak merentas desa di KISAS dulu; hanya 7.5km)



Kerana ingin merasai sedikit cabaran, saya gagahkan juga untuk mengikuti expidisi ini walaupun saya baru pulih dari keadaan yang tidak sihat sebelumnya. Perjalanan bermula dari rumah. Saya diarahkan oleh Tuan Presiden, En Fakhrul Hazim untuk menunggu Timb Presiden APIS, En Syafiq Haziq di KTM Kajang. Dalam jam 9 lebih seingat saya, barulah En Syafiq tiba di KTM tersebut lalu kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Balai Polis Pekan Batu 14 untuk mengisi borang dan sebagainya demi keselamatan.




Kami sebelum ini difahamkan akan ditemani oleh seorang Guider di mana guider tersebut akan memimpin perjalanan kami naik dan turun. Jadi, kesemua peserta berasa sangat senang kerana turut serta dalam expedisi ini adalah seorang yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok Nuang ini. Namun, apabila kami sampai di tempat kejadian, keadaan amat menghampakan kerana guider yang dijanjikan itu tiada. Kami pasrah dan tetap dengan perancangan asal untuk menawan puncak Nuang. (Dalam hati risau dan macam-macam lagi)







Kami bermula dengan semangat yang agak berkobar-kobar. Dengan kekuatan 6 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta wanita sahaja kami meneruskan expedisi ini. Saya, En Baihaqi dan En Zulhafiy (Leader) diberi tanggungjawab untuk memimpin jalan hadapan di mana belakang skali dicover oleh En Fakhrul (Presiden), En Syafiq (Timb Presiden) dan En Iqbal (Cameraman).

Perjalanan kami agak lambat dari kebiasaan pendaki kerana mungkin peserta-peserta semuanya tidak cukup latihan fizikal untuk menghadapi cabaran mendaki gunung ini. Kami kerap berhenti menyebabkan perjalanan agak terlewat daripada masa yang dirancang.



Setelah beberapa jam berjalan, kami tiba di suatu tempat yang kelihatan seakan-akan tempat perkhemahan. Mengikut perancangan, kami akan bermalam di Kem Lolo. Kami sangkakan tempat yang kami temui itu adalah Kem Lolo. Lalu, En Hafiy selaku ketua perjalanan mengajak saya untuk memantau kawasandi sekitar samada sesuai untuk dijadikan tempat berkhemah atau mungkin ada lagi tempat yang lebih sesuai. Setelah berjalan ke atas dalam beberapa ratus meter, kami membuat keputusan agar tempat yang ditemui itu tadi dijadikan tempat berkhemah.



Malamnya kami menghidupkan api seperti kebiasaanyang dilakukan ketika di hutan. Namun, kerana keadaan agak lembap, maka kayu api sukar untuk dibakar. Mujur dengan kemahiran dan pengalaman En Hafiy, beliau telah membuat beberapa pelita untuk dijadikan penerang kegelapan.



Aktiviti malam itu kami berkumpul dan membaca Qasidah yang dipelajari oleh Tuan Presiden, dan beliau telah mengajarkan kami akan Qasidah itu. Walaupun ia bukanlah satu kemestian untuk mempelajari Qasidah, namun sebagai puji-pujian ke Hadrat Ilahi dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW itu adalah lebih baik daripada melakukan aktiviti yang sia-sia. Mungkin lebih baik jika diterapkan amalan membaca Al-Quran sebelum tidur kerana itu adalah yang lebih utama. Sebagai contoh membaca Al-Mulk beramai-ramai sebelum tidur.





Keesokkan harinya kami meneruskan expedisi untuk menawan puncak. Sememangnya halangan dan cabaran itu sangat menguji kesabaran. Kami mengambil masa yang sangat lama kerana keletihan dan kami juga banyak berehat. Boleh dikatakan setiap 10 atau 15minit kami akan berhenti berehat. (Pendakian ini tidak disertai oleh En Baihaqi dan Enn Hafiy kerana mereka berdua menjaga khemah dan barang-barang. Jadi, taklifan ketua pendakian telah diberikan kepada saya yang tidak biasa dengan keadaan gunung).



Sehinggalah kami tiba di Kem Pacat. Difahamkan kem tersebut antara tanda bahawa semakin menghampiri puncak. Kami gembira apabila tiba di sana. Namun, masalah yang kami hadapi adalah, air yang kami bawa sudah habis diminum di dalam perjalanan.



Kami sangkakan di puncak kelak pasti akan ada sumber air. Namun keadaan sebaliknya. Di atas puncak yang kami berjaya daki iaitu Puncak Pengasih (bukan puncak yang utama) tiada apa-apa. Yang ada Cuma batu sempadan yang memisahkan antara negeri Selangor dan Negeri Pahang. Jadi kami sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak yang sebenar. Cukuplah sekadar sampai di puncak pengasih sahaja. Dan kami makan sedikit bekalan tanpa minum air untuk mengumpul sedikit tenaga untuk turun semula ke bawah. Kami akan me’refill’ air di kem pacat kerana difahamkan ada sumber air di sana.





Perjalanan turun kami lebih cepat berbanding ketika naik. Namun, ketika sampai di kem pacat. Disangkakan bahawa sumber air yang dimaksudkan itu dekat. Tetapi rupanya jauh dan perjalanan yang agak sukar. Saya dan En Syafiq pergi mendapatkan air yang sangat sukar perjalanannya. Kami terpaksa melalui jalan yang sangat curam sehingga kami tergelincir dan bertemu dengan laluan khinzir. Mujurlah itu hanya laluannya dan bukan sarangnya. Perjalanan kami mengambil masa 40minit. Hanya untuk mengambil air sahaja dah memakan masa 40 minit. Sememangnya sangat sukar.

Kami tiba semula di khemah sangat lewat dan kepetangan. En Baihaqi dan En Hafiy telah mengemaskan segala apa yang patut. Mereka telah mengambil keputusan turun dulu ke bawah dengan harapan untuk mendapatkan bantuan renjer hutan kerana perjalanan kami telah melebihi masa yang telah ditetapkan.(Tiada renjer yang tiba). Setibanya, kami di tapak perkhemahan, kami bersiap dan bergegas untuk turun ke bawah. Perjalanan kami turun itu adalah ketika waktu maghrib yang sangat membahayakan. Alhamdulillah, dengan berkat doa dari semua peserta, akhirnya kami tiba juga ke bawah dengan selamat tanpa sebarang masalah.

[DISEBALIK CERITA]

Saya tak pasti apakah ini kelebihan atau kecacatan, namun saya dikurniakan ALLAH dengan satu gerak hati dan boleh nampak ‘lintasan’ makhluk halus.

Peristiwa 1

Ketika saya dan En Hafiy meninjau keadaan sekitar. Kami berdua lalu di sebelah saluran paip yang besar. Waktu itu, En Hafiy berkata kepada saya; “Dah la, jom kita balik khemah”. Saya dapat rasakan sesuatu pada ketika itu. Kami berjalan pulang ke khemah dan setibanya di khemah beliau berkata, tidak sedap hati dan bulu meremang. Saya pula katakan kepadanya; “Tadi ada orang tengok kita. Tapi aku malas la nak tegur apa-apa”. Lalu kami diam seribu bahasa.

Peristiwa 2

Ketika malam hari di tapak perkhemahan, En Iqbal yang pada ketika itu duduk bersebelahan dengan saya, beliau bertanya kepada saya; “Weh, kau perasan tak ada orang lalu kat belakang tu?”. Waktu itu, beliau menunjuk di kawasan buluh berdekatan khemah kami tinggal. Lalu saya katakan pada beliau; “Bro, buat rileks je bro. Aku rasa jugak. Tapi buat rileks je”. Pada ketika itu saya nampak sesuatu yang besar melintas. Tapi untuk tidak menakutkan orang lain, saya hanya mendiamkan diri. Saya berpegang dengan prinsip kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita.

Peristiwa 3


Ini berlaku ketika kami meneruskan usaha untuk menawan puncak Nuang. Di satu bahagian pokok yang besar. Saya dapat rasakan suatu yang pelik pada bahagian pokok tersebut. Lalu saya berpesan pada seorang peserta wanita di belakang saya (tak ingat siapa); “Jaga-jaga, kat pokok ni bahaya”. Mungkin beliau ingat maksud ‘bahaya’ itu kerana curam atau licin. Jadi saya biarkanlah beliau beranggapan seperti itu. Walhal bahaya maksud saya adalah di celah-celah bahagian pokok itu adalah tempat ‘sorok’ orang atau mungkin tempat makhluk halus tu sendiri. Saya pernah lihat keadaan yang sama pada sebatang pokok besar, seorang budak di sorok oleh bunian. Wallahu a’lam.

[Peringatan]

Saya berpesan pada sahabat-sahabat agar tidak menyuluh atas pokok kerana kalau tersuluh ‘makhluk’ itu, buruk padahnya kalau kita lemah semangat. Kerana pernah satu ketika ketika saya mengikuti kem bomba masuk ke hutan di Kelantan, seorang rakan saya telah tersuluh sebuah pokok. Waktu itu dia sedang menemani seorang rakan yang hendak buang air di tandas. Tandas dan khemah tidak jauh sangat. Tapi sedikit tersorok. Apabila tersuluh di atas pokok, rakan tadi menjerit kerana ternampak ‘sesuatu’ lalu terus meninggalkan seorang lagi rakan yang sedang mengqada’ hajat itu tadi.

Jangan cakap sembarangan juga di dalam hutan. Itu adab namanya. Kita datang tempat orang, tapi kita nak cakap pasal tempat itu or cakap yang tidak sepatutnya. Saya akui ketika di dalam hutan, perwatakan saya masih lagi seperti biasa iaitu seorang yang kuat bercakap. Namun, saya tidak sekali-kali bercakap yang berkaitan dengan ‘hutan’ dan ‘penghuni’nya. Kerana itu yang telah diajarkan oleh guru saya kepada saya.

Bawalah Al-Quran sekali masuk hutan. Paling kurang pun surah-surah pilihan ke, sekadar bekalan untuk mnghadapi sesuatu yang tidak diingini. Wallahu a’alam

Sunday, June 13, 2010

Teropong Bulan....

RUGI!!!!

Tatkala semua insan ghairah mempersiapkan diri untuk akhirat, aku masih ingin menurut nafsu keduniaan.
Orang lain berebut-rebut mencari kerja untuk Islam, kerja yang tanpa dibayar,
aku pula semampu mungkin nak "passing" kan kerja tersebut kepada orang lain.
aku hanya mahu mendapat nama, kemasyhuran, kononnya akulah yg terlibat dalam usaha gerakan islam ini.
aku islamik, berkopiah, berjubah, berserban, aku berjanggut, aku banyak mengamal sunnah nabi, aku hafaz quran, hadits, kata-kata ulama, aku banyak bertemu ulama, aku dilihat tsiqqah...

tapi RUGI dan kecewa,
jauh tinggi menggunung zahiriah yang dicari,
dalaman ruhaniah ditinggalkan begitu,
cakap besar ana anta, syeikh syeikhah
tapi hak ukhuwwah langsung x dijaga,
mengecewakan hati dan perasaan sahabat-sahabiah.
usahlah beria-ia nak melaungkan "ana uhibbukum fillah..."
dan sbgnya,
tapi pemahaman ukhuwwah yg sbnr tiada...

belum lagi sentuh soal akhlak...lagi byk ketempangan. ..

memang depan rakan2, terjaga segala....di belakang mereka?
ingat, misi Nabi ialah menyempurnakan akhlak....
usah terlalu jauh dan mndalam kitab2,
tapi perkara asas terabai,
ukhuwwah dan akhlak diletak begitu sahja...

SUDAH, ALLAH DAH SEDARKAN KELEMAHAN, TERUS MUHASABAH DAN BERUBAH.

BUANGKAN KEEGOAN.

SIAPA AKU DI SISI ALLAH? NAK BERMEGAH DENGAN MANUSIA LAIN?

AKU BERAMAL UNTUK ISLAM, KERNA AKU TAHU, TEMPANG DAN CACATKU TAK TERKIRA.

AKU TAK BOLEH MENIDAKKAN KUALITI DALAM AMAL INI.

KENA SERIUS, CEPAT BERTINDAK, BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM AMAL INI.

JAGA UKHUWWAH DAN PERASAAN ORANG LAIN.

BUKAN BUAT KERJA MACAM NAK TAK NAK SAHAJA.

REBUT PELUANG, BUKAN MENOLAK PELUANG.

BERSIHKAN HATI, SUCIKAN HATI, AKU TUJUKAN SEMUANYA HANYA UNTUK ALLAH

TAK PERLU AKU BERHARAP PADA MANUSIA, KERNA MEREKA AKAN MENGECEWAKAN AKU

ALLAH JUA TEMPAT TUJU SEGALA PERKARA.

AMPUNKAN KAMI YA ALLAH

Tautan Hati.....

SUMBER




Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.


Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW mengenai ayat 34 surah al Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat, maka sebahagian para sahabat berkata "Telah ada ayat yang turun mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain yang lebih utama maka kami akan mengambilnya" .

Rasulullah bersabda : "Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri mukminah yang mengukuhkan iman suaminya".

Rasulullah SAW bersabda : "Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertaqwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah".

Rasulullah SAW juga bersabda : "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah"

Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita solehah : "Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan baik".

Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu kahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain)."

Jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh kaum muslimat tentang jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu : "Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).

Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah SAW. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Sayyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha'labah.

Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.

Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam ke atas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.
"

Saturday, June 12, 2010

IKLAN PROMOSI~



Pernah mengetahui apakah itu Score A Programme?
Di sini ada sedikit maklumat berkenaannya.
klik di sini

Berminat boleh rujuk pada saya. Ahmad Muzakkir (+60134590213)

Thursday, June 10, 2010

Tongkat sakti...

Pasca kehidupan kian mencabar. Manusia sering membina alasan mengambil jalan mudah dan pintas untuk menongkah ranjau dan duri ini. Namun, kita tidak bisa mengatur kehidupan yang sulit ini menjadi semudah mengikut kehendak kita. Setiap cabaran dan gulungan ombar besar harus kita lalui dengan penuh ketabahan jiwa seorang pemberani.

Namun, diri ini tertanya-tanya. Sampai bilakah semua ini harus ditempuhi? Adakah sampai nyawa ini kembali pada Yang Maha Kuasa. Namun, soalan itu terjawab apabila kita merujuk Kalam Suci-NYA. Allah membuka segala persoalan yang ditimbulkan manusia dengan mendatang kitab suci Al-Quran. Persoalannya, seramai mana sangatkah yang membacanya? Dalam kalangan pembaca itu, seramai manakah yang memahami dan teliti menghayatinya.

Diri ini termangu keseorangan. Di dalam suasana yang kusam, ku berfikir. Masih adakah sinar untukku? Masih adakah lagi cahaya yang bakal mendatang. Segala persoalan itu tidak kujwab kerana ku pasti jawapannya pasti ADA. Lalu, minda ini kucuba penuhkan dengan memikirkan masalah umat. Layakkah aku menjadi seorang pendekar pemberani untuk membetulkan keadaan dan situasi masyarakat yang kian meruncing ini? Ku terpaku dek isu-isu semasa. Pergaduhan, peperangan tidak henti-henti. Di kalangan umat Islam sendiri berpecah-belah. Walhal mereka se-Aqidah. Begitu murahkah aqidah ini sehingga mampu dibeli dan di tarik-tarik oleh Kuffar? Seperti seekor kerbau yang taat pada tuannya.

Ku berfikir lagi. Pasca ini akan terus berkekalan. Namun, di mana penghujungnya? Manusia sering mengambil jalan tengah. Kononnya ingin mendiamkan diri. Namun menjadi bahan bakar kepada sesuatu golongan mencetus peperangan. Hai manusia! Engkau tidak serikkah? Menjadi kaki bodek hanya kerana jawatan dan pangkat? Walhal bila dirimu sudah hilang taringnya. Maka, longkang jualah tempat dirimu akan dicampak oleh bangsat-bangsat Kuffar itu. Tapi, sekarang kau berdiam diri mengapa? Takutkah engkau?

Pabila diri beremosi maka segalanya tidak rasional. Itulah manusia. Dikurniakan aqal dan juga nafsu. Emosi itu nafsu. Yang bakal menghilangkan kekuatan aqal untuk berfikir secara rasional. Diri ini pelik dengan insan yang mengutamakan emosi tapi berfikiran secara rasional. Termasuk juga diri ini. Lalu ku dakapkan tangan ke atas dadaku lalu berfikir dan berzikir. Solat itu juga zikir. Untuk mengembalikan diri ini kepada Tuhan Semesta Alam. Sedarilah diri ini kerdil. Jika hari ini engkau berkuasa, namun ALLAH jua YANG MAHA BERKUASA.

Segala yang terbuku di dalam jiwa ini ku sampaikan dalam bentuk coretan yang tersimpul. Hanya manusia yang berfikir sahaja mampu menafsirkan segala kalimat ini. Kerana jiwa ini mengerti, tidak ramai yang sudi memikirkan tentang orang lain. Walhal di kalangan seaqidah sekalipun. Kebanyakan insan assobiyah dan pentingkan diri.

iklan

_Merah142_11.55Pagi_Jumaat_11/06/2010